BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Jumaat, 31 Julai 2009

YONG PENG PESAT MEMBANGUN













Bandar Yong Peng yang terletak di kawasan Parlimen Ayer Hitam terus pesat membangun.
Kewujudan banyak tamam-taman perumahan menjadikan bilangan penduduk yang mendiami bandar Yong Peng terus meningkat.

Begitu juga barisan premis kedai dan pusat perniagaan yang memberikan banyak peluang perniagaan boleh direbut oleh penduduk.

Yong Peng juga terkenal dengan bandar pusat pengumpulan buah-buahan tempatan. Banyak premis-premis pengumpulan buah-buahan tempatan ada di bandar ini, dimana buah-buahan tersebut diekport ke luar negara terutama ke Singapura.
Bandar Yong Peng juga terkenal dengan gerai-gerai menjual durian bermutu di tepi-tepi jalan apabila musim tiba raja buah-buahan itu.

Kemudahan perbankkan juga amat luas dimana banyak institusi bank dibuka di bandar ini seperti Maybank, RHB, AgroBank, BSN, AmBank, Hong Leong Bank, EonBank dan Bank Rakyat ada di bandar ini.

Yong Peng yang diwakil ahli dewan undangan negeri (DUN) dan wakil Parlimen Barisan Nasional akan terus maju dengan pembangunan rancak yang tidak akan behenti.
Ini semua dapat dilaksanakan kerana rakyat di kawasan ini memilih kerajaan Barisan Nasional yang bertanggungjawab.

ADUN Yong Peng diwakili daripada parti MCA iaitu Puan Lim Kee Moi, manakala Parlimen juga diwakili MCA iaitu Dr.Ir.Wee Ka Siong.

Kedua-dua pemimpin ini walaupun dari parti MCA tetapi tidak pernah membelakangkan kepentingan kaum Melayu dan India disisni.

Puan Lim Kee Moi yang masuk penggal kedua menjadi ADUN begitu mengambil berat terhadap keperluan dan kebajikan orang Melayu dan India. Beliau tidak pernah jemu untuk terus mendekati pengundi-pengundi Yong Peng dengan pelbagai program yang diatur.

Begitu juga ahli Parlimen Ayer Hitam, Dr.Ir.Wee Ka Siong yang juga Ketua Pergerakan Pemuda MCA Kebangsaan dan Timbalan Menteri Pelajaran.

Kedua-dua pemimpin ini juga sentiasa memberikan kerjasama erat kepada kepimpinan UMNO Bahagian Ayer Hitam yang diketuai YB.SamsolBari Bin Jamali yang juga ADUN Semarang.

Dengan kewibawaan wakil-wakil rakyat dalam Parlimen Ayer Hitam ini, adalah diyakini Barisan Nasional akan dapat terus mempertahankan kerusi DUN Yong Peng ini dengan cemerlang. Begitu juga dengan kerusi DUN Semarang dan Parlimen Ayer Hitam.

Rakyat akan terus memberikan kepercayaan kepada wakil-wakil rakyat dan parti Barisan Nasional untuk terus memacu pembangunan dan mencipta kecemerlangan negara.

BRAVO...BARISAN NASIONAL !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan