BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Rabu, 22 Julai 2009

UTHAYAKUMAR nak jadi hero

P.UTHAYAKUMAR, pemimpin Hindraff yang menjadi tahanan ISA telah dibebaskan baru-baru ini. Kita melihat pembebasan Uthayakumar ini membuktikan keprihatinan kerajaan dibawah pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak untuk merealisasikan matlamat kerukunan hidup dan kesejahteraan rakyat dikongsi bersama semua pihak sepertimana yang tersirat dalam konsep 1 Malaysia.

Sebagai seorang yang telah diberikan kebebasan daripada tahanan, seharusnya Uthayakumar berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional terutama kepada Perdana Menteri.

Tetapi seperti yang dijangka, golongan rakyat seperti Uthayakumar ini tidak pernah serik dan jauh sekali untuk bersyukur dan berterima kasih. Beliau yang baru dibebaskan sepatutnya mengambil masa ketika ini bersama keluarga yang terpisah beberapa ketika. Tapi baru keluar beliau sudah menyatakan akan menubuhkan parti politik berteraskan perjuagan Hindraf.

Uthayakumar sebenarnya hanya nak jadi hero kaum India saja. Walhal semua orang tahu kaum India di Malaysia ini menikmati banyak kenikmatan.

Yelah, kalau dah tak nak terima hakikat beliau dan seluruh keluarganya berbahagia di negara ini. Nak buat macamana...

Harap orang India di Malaysia sedar semua rakyat yang hidup di negara ini tak kira pa keturunan, bangsa dan agama adalah yang paling beruntung dan berbahagia jika di bandingkan dengan rakyat di kebanyakkan negara lain.

Kalau dalam satu filem banyak sangat hero pun payah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan