BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Rabu, 22 Julai 2009

TOLAK cadangan MP automatik jadi Pengerusi BN

UMNO Cawangan Cahaya Putera menolak sekeras-kerasnya sebarang cadangan dari mana-mana pihak untuk menjadikan semua Ahli Parlimen Yang dipilih dalam kawasan masing-masing secara automatik dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional peringkat Parlimen yang diwakili.
Cadangan ini tidak boleh diterima langsung dan adalah diingatkan UMNO telah banyak bertolak ansur dengan rakan-rakan dalam parti komponen BN selama ini.

Sikap bertolak ansur yang diamal kan oleh UMNO selama ini adalah aset yang amat berharga sekali yang perlu dicontohi dan lebih penting lagi dihargai dan dihormati semua pihak.

Kepada pihak yang ada ura-ura mencadangkan hal ini diingatkan agar melupakan hasrat itu terus. Jangan kita jadi orang yang suka sangat memberi hingga tak sedar rupanya kita dah beri semua yang kita ada...

Harus juga para pemimpin semua lapisan samaada dari UMNO atau daripada rakan-rakan komponen yang lain. UMNO tidak lemah dan masih kuat dan terus bertambah kuat. Kita mungkin banyak memberi dan bersikap toleransi dalam banyak perkara, tetapi dalam masa sama kita tidak boleh bagi semua yang kita ada.

Pemimpin UMNO bawahan terutama diperingkat Bahagian dan Cawangan telah banyak bertungkus lumus memastikan kekuatan UMNO terus dipertahan, jangan pula pemimpin diperingkat atasan sesuka hati membuat keputusan dan cadangan yang boleh melemahkan kekuatan akar umbi.

Cukup dah apa yang kita kongsi selama ini. Orang cina tiada masaalah untuk mengecapi kekayaan dan kebahagiaan hidup di bumi Malaysia ini. Orang India pula jangan terpedaya dengan janji kosong dan retorik Anwar dan suku-sakat dalam pakatan pembangkang seolah-olah kaum India selama ini terianaya, dipinggir dan ditinggalkan. Orang India boleh melihat bertapa peluang dan ruang kepada kaum India ini sentiasa terbuka luas dalam semua bidang kehidupan. Ekonomi, pendidikan dan peluang pekerjaan dinikmati oleh semua kaum termasuk orang India. Kita jangan membohongi diri sendiri dengan menggenepikan fakta !.

Yang paling mahal adalah kesejahteraan, keharmonian dan kerukunan hidup di bumi Malaysia ini. Maka harta dan nikmat-nikmat yang sedia ada kita miliki ini harus dipertahankan..!!!

Janji dan mimpi indah tidak mungkin sama dengan realiti ...

Sehubungan itu, jangan kita USIK walau sedikitpun nikmat dan perjanjian kita yang sedia utuh selama ini.

UMNO Cahaya Putera sekali lagi mengajak semua pihak agar jangan sesekali memyentuh sesuatu yang telah dimiliki UMNO khasnya dan kaum melayu am nya.
Kita akan tentang sebarang usaha yang cuba memperlekeh UMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan