BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Ahad, 22 November 2009

Kenali Penyakit PSORIASIS








PSORIASIS.. satu penyakit yang sebenarnya biasa ditemui tetapi tidak dikenali umum.
Penyakit kulit yang seakan-akan kurap. Bertompok-tompoh mengelupas di kulit akibat kelebihan pertumbuhan kulit menjadi seakan bersisik.

Penyakit yang sehingga ini tiada penawar diperolehi oleh pakar-pakar perubatan dunia. Tetapi ia boleh pulih..bagi penulis, pulih dengan kehendak Allah SWT. Namun kebiasaannya ia akan datang kembali.
Namun Psoriasis tidak perlu ditakuti oleh umum kerana tidak berjangkit. Ia juga disahkan oleh pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia.

Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Liga Dermatologi Asia, di Malaysia sahaja, satu juta orang menghidapi psoriasis. Penyakit ini juga tidak memilih untuk dihidapi manusia. Tapi kebiasaannya ia akan menyerang seawal usia 15 tahun.
Faktor tidak menjaga kebersihan juga bukan faktor yang boleh dikaitkan dengan serangan penyakit ini.

Kesan penghidap PSORIASIS:

> Kebiasaannya akan mengalami stress dan kemurungan akibat tekanan kewujudan penyakit ini.
> Merendah diri namun terlalu cepat marah.
> Kurang selera makan.
> Mampu ke satu tahap mengalami tekanan emosi yang tinggi.
> Mengalami lemah pada otot terutama kaki pada usia 40-45 tahun.

Apa Semestinya dibuat penghidap PSORIASIS ?

> Banyakkan pergerakan / senamam fizikal.
> Hentikan merokok.
> Tidak perlu terlalu merendah diri bagi mengawal tekanan emosi dan kemurungan.
> Dan yang paling penting JANGAN BERHENTI UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN SECARA BERTERUSAN. atau Jangan Berhenti menggunakan ubat-ubatan yang disyorkan oleh pakar perubatan dan farmasi.

UBAT:

> Kebiasaannya di hospital kerajaan kita akan dibekalkan ubatan seperti krim sabun, Krim sapu, Syampoo khas.

> Namun juga boleh mendapatkan ubat yang agak berkesan untuk pengawalan di farmasi-farmasi swasta seperti berikut :
1. Sabun SEBITAR untuk mandian.
2. Krim ROSKEN skinrepair.

Dua ubat diatas adalah disyorkan kepada pesakit disamping dapatkan Syampoo mandian daripada hospital kerajaan.

PUNCA:

Kebanyakan pesakit yang ditemui berkongsi pendapat tidak tahu punca sebenar penyakit ini . Mengikut pengalaman dari rakan-rakan yang mempunyai masaalah psiorasis ini ada 3 jenis psoriasis.

Pertama :
Psoriasis yang kering dan nipis.
Ia bermula tanpa disedari kerana kebiasaannya ia akan bermula di kulit kepala. Kebiasaannya pesakit akan menganggap ianya kelemumur dan dari masa-kesemasa ia mula menebal dan berkeping-keping. Bagaimanapun ia mampu menular kebahagian telinga dan akan menular kelain-lain bahagian badan.
Kebiasaannya ia tidak akan menular dibahagian-bahagian sulit seperti di ketiak dan kemaluan.
Psoriasis jenis ini kering, tidak gatal.
Pesakit tidak perlu takut untuk memakan makanan-makanan yang menjadi ketakutan kepada pesakit kurap atau kayap seperti telur, daging, udang dan lain-lain kecuali SOTONG DAN KACANG TANAH.
Mengikut pengalaman, SOTONG dan KACANG TANAH akan memberi kesan pertambahan keluar keluarnya kulit. Ia akan menjadikan sisik itu menjadi agak tebal. Namun ia mudah tanggal tanpa sebarang luka pada kulit.

Dalam kes psoriasis jenis ini ia kerap hilang , bersih sebersihnya namun kerap kembali semula, namun tidak semestinya ia kembali tumbuh ditempat yang asal.

Kedua:
Psoriasis yang tebal dan basah.
Jenis ini kebiasaannya mula tumbuh dibahagian kepala juga dan akan tumbuh di anggota badan yang lain. Namun ia agak tebal dan menias (Basah). Pesakit yang meghidap Psoriasis jenis ini akan merasa kegatalan disemua tempat yang dijangkiti dan mengakibatkan ianya menais dan berbau.
Psoriasis jenis ini sukar untuk hilang dan kebiasaannya ia kekal. Dengan tidak mengabaikan ubat yang diberikan ia mampu menghalang perebakan secara cepat.

Ketiga:
Psoriasis Hitam.
Psoriasis jenis ini jarang berlaku di bahagian kepala. Kebiasaannya ia berlaku dimana-mana satu anggota badan,kaki atau tangan. Dan Biasanya ia hanya terjadi di satu tempat sahaja. Umpamanya kalau ia berlaku di kaki, maka ia akan menebalkan kulit kesatu tahap sangat tebal. Ia mudah di kopak dan jika dikopak kulit itu ia akan berair dan berbau busuk. Ia akan membesar dalam jangka masa yang amat perlahan. Namun ia tidak mudah untuk hilang atau pulih.

Dalam kes seperti ini pemakanan harus dijaga, makannan seperti Udang, sotong, kacang dan daging lembu harus dielakkan sama-sekali.

Kesimpulan daripada artikel ini adalah untuk mengajak semua pihak agar memahami penyakit ini dengan lebih dekat. Dalam masa sama, adalah difahamkan bahawa penyakit ini adalah penyakit yang seharusnya dikawal penularannya kerana tiada sebarang penawar ditemui oleh pakar perubatan seluruh dunia bagi mengubati PSORIASAIS ini.

Segala permasaalahan bagi penghidap penyakit Psoriasais, pesakit harus mendapatkan rawatan segera di hospital-hospital.

3 ulasan:

  1. Terima kasih untuk maklumat. Kami dari wong medical centre ada menyediakan ubat herba tradisional untuk penyakit kulit psoriasis. Jika anda inigin mengetahui lebih lanjut tentang ubat atau ada sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian +6012452007

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minta penjelasan tentang ubat herba psiorasis

      Padam
    2. Morning.. boleh sy dapatkan ubat utk ini Dr?

      Padam