BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Rabu, 9 Disember 2009

ANWAR IBRAHIM memang musuh negara..

Anwar Ibrahim sekali lagi membuktikan bahawa beliau adalah musuh negara sebenar. Perjuangan politiknya selama ini hanyalah untuk kepentingan peribadi dan menunjukkan kerakusan seorang manusia yang terlalu n berkuasa.

Manusia yang sanggup mengkhianati bangsanya sendiri. Lebih percaya kepada bangsa dan kuasa asing daripada bangsanya sendiri. Baru-baru ini Anwar mahu Australia menjadi pemerhati pilihanraya umum ke 13 sedangkan pilihanraya-pilihanraya yang telah dilalui selama ini di Malaysia terbukti amat demokratik dan sangat telus. Tiada cacat dan celanya sehingga parti pembangkang berjaya menawan beberapa buah negeri dalam pilihanraya umum ke 12.

Sikap Anwar Ibrahim ini jelas membuktikan bahawa beliau sangat tidak percaya akan kemampuan dan kewibawaannya sendiri untuk menang dan menjadi perdana menteri, jawatan yang sangat diidam-idamkannya selama ini.

Tindakan Anwar ini juga jelas beliau sudah terlalu terdesak sehingga beliau rasa andainya tiada bantuan pihak asing maka harapn beliau untuk memenangi kerakusan cita-citanya tidak akan tercapai.

Beliau sedar orang melayu terlalu sedikit yang mempercayai dirinya. Malah, orang-orang PAS yang dudk semeja dengannya juga tidak boleh diharap untuk menyokong beliau untuk menjadi Pedana Menteri walaupun sekiranya Pakatan Pembangkang menang majoriti dalam pilihanraya kelak. Mana mungkin orang PAS sanggup berketuakan Anwar..sesuatu yang amat mustahil !..Anwar sedar akan hakikat ini..
Tinggallah penyokong kaum India yang agak boleh diharapkan Anwar..Tapi beliau sudah nampak sokongan kaum India pula semakin susut dari hari kesehari. Konsep 1 Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib sudah menampakkan banyak kebaikan dan kebajikan kepada rakyat keseluruhannya. Kaum India sudah mula beransur-ansur kembali menyokong Barisan nasional, sekali lai Anwar pening kepala..tapi memang Anwar telah menduga bahawa Datuk Seri najib memang mempunyai pembawaan kepimpinan yang baik dan bijak..jadi mahu tidak mahu siapa lagi yang boleh diharapkan Anwar...?

Petunjuk yang ada adalah pihak asing..jadi..Anwar terpaksa menggunakan kaedah lamanya iaitu mendapatkan sepenuh sokongan pihak luar..terutama kuasa barat..

Tapi tiada seorang pun rakyat Malaysia yang harus terperanjat dengan perlakuan Anwar ini..dah memang itulah budaya dan kepercayaanya selama ini..

Rasanya adalah lebih baik Anwar Ibrahim dan keluarganya berhijrah sahaja ke luar negara..ke Australia ke..New Zealand ke..Amerika ke..atau ke Israel sahaja.. Mungkin anwar akan dilayan dengan baik disana..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan