BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Khamis, 18 Februari 2010

Lagi Ziarah Kasih UMNO di Yong Peng

18 February 2010: Biro kebajikan UMNO Bahagian Ayer Hitam terus unggul dengan program ziarah kasihnya petang tadi. Belum seminggu berlalu program ziarah kasih Khas kepada kaum cina sempena tahun Baru Cina, sekali lagi program diadakan. Kali ini sekali lagi ke kawasan Yong Peng.

Sebanyak 6 buah keluarga miskin dan ibu tunggal diziarahi,mereka ialah keluarga En,Kiran di Kg Temehil, Pn.Hasnah dan Hj Hassan Mion (Beliau diHospital ketika lawatan) Kg Pt.Awang, Pn.Saminah Kg.Pt Selamat, Pn.Tumiyam di Kg Pt Sabak nyiordan En.Roslan Abd Rahman di Kg Melayu River.

Program ziarah diketuai Pengerusi Biro Kebajikan, Tn.Hj Ismail Hairo, Turut serta En.Abd Halid Saat Setiausaha Bahagian, AJK Bahagian,Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian.
Turut mngikuti ziarah tersebut En.Tumiran (Ketua Kampong Pt,Awang) dan En.Taman (Ketua kampon Pt,Tengah).

Ahli Parlimen Australia kurang ajar !! Anwar patut malu

Tindakan 50 ahli parlimen Australia yang cuba mencampuri urusan negara ini adalah satu tindakan kurang ajar dan biadap.
Mereka sepatutnya malu kerana menampuri urusan negara Malaysia yang terkenal sebagai sebagai sebuah negara yang mempunyai kestabilan politik dan kerukunan rakyat berbilang kaum selama ini.
Malaysia yang mempunyai kerajaan berprestasi tinggi dan tidak memerlukan sogokan dan tekanan ahli politik murahan negara lain.

Kita cadangkan kalau Australia sayang sangat pada Anwar Ibrahim, tunggu sehingga selesai kes perbicaraan Anwar selesai dan Australia boleh "merakyatkan" Anwar Ibrahim sebagai rakyat Australia. Masa tu kita nak tengok Australia nak ambil Anwar jadi Perdana Menteri mereka tak !!..

Anwar patut malu dengan tindakan penyokong nya dari Australia itu. Satu cubaan yang sebenarnya memalukan diri Anwar sendiri..

SRJK (T) Yong Peng dapat RM 2 Juta.



Impian kaum india di Yong Peng untuk mendapat sebuah sekolah bau di bandar Yong Peng akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Kerajaan telah meluluskan peuntukan RM 2 Juta untuk tujuan tersebut.

Sebelum ini pelajar india kebanyakkannya bersekolah aliran tamil di SRJK Ladang Yong Peng yang terletak di dalam kawasan estet, tidak lama lagi mereka akan dapat bersekolah di bandar pula.
Majlis Penyampaian cek RM 2 Juta telah diadakan baru-baru ini di dewan orang ramai Yong Peng yang diserahkan oleh YB.Datuk S.Subramaniam, menteri sumber manusia.

UMNO yang diketuai YB.Datuk SamsolBari Jamali selaku pengerusi Barisan Nasional Ayer Hitam yang selama ini juga tidak pernah meminggirkan isu ini untuk direalisasikan turut hadir dalam majlis tersebut.
Sesungguhnya UMNO sentiasa menyokong setiap keperluan yang diperlukan rakyat tidak mengira kaum dan agama.
Tahniah kepada MIC dan kepimpinannya dan tahniah kepada Barisan nasional Ayer Hitam.
Apa yang diharapkan selepas ini kaum india akan terus menyokong kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.

Isnin, 15 Februari 2010

Apa yang kita faham ???


Melihat gambar diatas kita mungkin lihat sekeping gambar biasa sahaja.
Tapi bila kita teliti macam ada yang tak kena dengan ungkapan yang tertera.
Saya tak faham...!
Ada yang faham ??!

UMNO Ayer Hitam.. juara tetap juara







UMNO Bahagian Ayer Hitam terus unggul sebagai parti yang benar-benar melaksanakan slogan UMNO juara rakyat.
Sempena Tahun Baru Cina, UMNO bahagian Ayer Hitam yang diketuai sendiri ketuanya, Datuk SamsolBari Jamali telah membuat satu lagi program ziarah Kasih Khas sempena tahun Baru Cina.
Lawatan kerumah keluarga Cina yang miskin diadakan pada 13 February lalu. Sebenarnya ini bukan kali pertama ziarah sempena tahun baru cina diadakan, tahun-tahun sudah pun ziarah kerumah keluarga berbangsa Cina telah diadakan.
Turut serta dalam rombingan tersebut Sdr. Mohd,Kamal Haron, timbalan ketua UMNO bahagian serta AJK UMNO bahagian.

Doa yang tak direstui ALLAH..


Bukan setiap doa yang kita angkat akan dikabulkan Allah SWT..
Nizar berdoa untuk mendapatkan kuasa yang sememangnya kalau dikira atas kertas bukan miliknya. Kalau setakat duduk di tampuk kuasa tapi di arah oleh orang lain, apalah maknenya..
Zambry jadi MB nak berkhidmat untuk rakyat,agam dan negeri dan negara. Nizar nak jadi MB hanya jadi khadam DAP yang terang-terang benci melayu,tolah islam..macamana doa kamu nak di perkenankan Allah wahai Nizar.. Tak malu ke...?

WOW....Ada harapan kata Lee Kuan Yew







Lihatlah paparan ini...

Berbanggakah umat islam dengan ini...?!!


Umat islam terutama pemyokomg PAS akan merasa bangga kah dengan paparan ini semua ?!!
Pemimpin yang diagongkan dan dianggap ulamak dengan slogan untuk menjadikan negara ini sebuah negara pemerintahan hukum Islam.. Kalau inilah yang kita lihat..
Sendiri fikirlah...

JAUHKAN DIRI ANDA DARI PELIWAT




LIWAT...
Dengar sahaj perkataan ini sudah tentu serta-merta kita akan berasa loya dan
Jijik.
Oleh itu juahkan diri kita dari pengamal liwat...
Amalan kaum Luth ini dibenci oleh ALLAH..
Kalau zaman ni gulungan ni tak lebih macam "anjing"...

ANWAR,PKR menuju destinasi...

Penasihat PKR Anwar Ibrahim yang akhirnya dibicarakan juga atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful.
Usaha demi usaha yang tidak henti-henti dibuat oleh Anwar yang dibantu barisan peguambela yang (Konon) hebat untuk mengelak proses perbicaraan akhirnya gagal. Kini Anwar sedang berjalan menuju destinasinya ke penjara..
Parti PKR yang ditubuhkan Anwar juga tidak kurang panasnya sekarang. Seorang demi seorang pemimpinnya mula menjerit, tidak puashati dengan kepimpinan Anwar dan akhirnya keluar parti meninggalkan Anwar..
Parti tangkap muat ini sedang menuju destinasi juga..iasedang dikuburkan oleh pendokong sendiri.
Anwar begitu tertekan sekarang, sudahlah beliau sedang menghadapi proses perbicaraan yang amat ditakuti beliau, kawan-kawan seperjuangan pula meninggalkan beliau satu-persatu..

Itulah, akhirnya kebenaran akan ditunjukkan juga. Allah maha kaya lagi maha bijaksana.
Keadilan Allah tentu tidak boleh ditandingi oleh keadilan yang dicipta Anwar..

ANWAR... Lain kali jangan takut untuk bersumpah kerana ALLAH. Sebab yang takut itu hanya orang yang bersalah..

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Selamat menyambut tahun baru Cina kepada semua masyarakat cina. Dalam negara yang berbilang kaum ini, keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia menjanjikan perayaan kaum-kaum di Malaysia diraikan bersama. Inilah uniknya negara ini. Namun keunikan ini mula di ganggu-gugat oleh segelintir manusia yang tidak selesa dengan keamanan hanya kerana ia akan menghalang cita-cita politik peribadi.
Soalnya, apakah rakyat rela keunikan, keamanan dan perpaduan yang kita miliki ini dimusnahkan?
Sudah pasti tidak..
Bersempena dengan Perayaan Tahun Bau Cina tahun ini, ayuh kita raikan dan nikmati kegembiraan bersama. Kekalkan nikmat ini..
SELAMAT TAHUN BARU CINA..GONG XI FA CHAI..

Tahniah kepada semua anggota Balai Polis Yong Peng

UMNO Cahaya Putera mengucapkan tahniah kepada semua anggota Balai Polis Yong Peng diatas penanugerahan yang diperolehi sebagai Balai Polis Terbaik peringkat Negeri Johor baru-baru ini.
Dengan terpilihnya sebagai balai terbaik, sudah tentu secara langsung bandar Yong Peng boleh diharapkan menjadi bandar yang selamat dan kurang kadar jenayahnya. Ini akan memberi satu harapan kepada penduduk dan pengunjung untuk sentiasa merasa selamat untuk tinggal atau berkunjung disini.
Yong Peng memang merupakan sebuah bandar yang sedang peat membangun, dengan anugerah ini sudah pasti ia menjadi satu lagi faktor pembangunan dan kerancakkan aktiviti ekonomi berjalan dengan baik. Manafaatnya sudah pasti dinukmati masyarakat berbilang kaum disini.
Tahniah kepada ketua balai Insektor Champin Piuh dan semua pegawai serta anggotanya.

Selasa, 9 Februari 2010

TAHNIAH KEPADA PESERTA KURSUS JATIDIRI UMNO








Tahniah kepada semua peserta kursus jatidiri dari kalangan pemimpin UMNO cawangan-cawangan dari bahagian Ayer Hitam yang berjaya menghadiri kursus tersebut pada 5,6 dan 7 February 2010 di Kompleks usahawan Hening Cipta Pontian.

Sesungguhnya kehadiran anda semua adalah petunjuk UMNO akan terus gemilang sebagai wadah pilihan bangsa melayu. UMNO akan terus kuat dan cemerlang untuk meneruskan perjuangan bangsa.

TAKUTNYA ANWAR HADAPI KENYATAAN

Sekali lagi Anwar Ibrahim mencuba untuk melengah-lengahkan perbicaraan kes pertuduhan liwatnya terhadap Saiful.
Melalui peguam kesayangannya Karpal Singh, Anwar memohon untuk mengenepikan hakim yang dipertanggungjawabkan mengadili perbicaraan atas alasan yang tiada kena mengena dengan pertuduhan yang perlu dijawab.
Begitulah kalau dah terlalu takut untuk menghadapi kenyataan.
Pepatah ada mengatakan BERANI KERNA BENAR TAKUT KERANA BERSALAH...

Isnin, 1 Februari 2010

AZMIN nak jadi hero penganut kristian

Naib Pengerusi PKR, Azmin Ali pantas mencari publisiti murahan untuk menarik sokongan penganut Kristian dengan menuduh Pemuda UMNO menjadi dalang perbuatan membakar gereja yang terjadi baru-baru ini.
Dah tak ada modal nak di jual. tuduhan murahan ini dijadikan modal untuk menagih sokongan dari penganut Kristian.
Jenis manusia yang sanggup menjual maruah saudara seagam seperti Azmin ni jangan di pelik kan. Dah dasar muka tak laku untuk ditatap majoriti orang melayu dan umat islam. Gadai nama Pemuda Melayu pun tak apa asal dapat sokongan...
Hinanya kau wahai Azmin...
Iyelah, anak didik Anwar, kemana tak tumpah lauk kalau tak kenasi...
Asalkan jangan tumpahkan bini kepada orang lain sudah laa...

Habuk laci PMBK dah bersih.Menantu Nik Aziz baru letak Jawatan...


ARIFFAHMI ABD.RAHMAN, anak menantu Nik Aziz Menteri Besar Kelantan akhirnya meletak jawatan sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan PMBK.
Gesaan dan tekanan yang kuat daripada pelbagai pihak termasuk rakan-rakan Nik Aziz sebelum ini membuatkan Nik Aziz binggung dan tertekan dan mengambil keputusan meminta menantu kesayangannya itu meletak jawatan.
Namun Ariffahmi yang secara terpaksa menerima arahan agar meletak jawatan tapi dengan mengamnil tempoh 3 bulan untuk berbuat demikian.
Apasal pilak harus mengambil masa sehingga 3 bulan?
Tentu ada sebabnya..
Sekarang tak sampai 3 bulan dah ambil keputusan meletak jawatan...
Bagus lah...mungkin dah pasti semua habuk laci dah bersih...!

Ku Li buntu akal

Tindakan Ketua UMNO bahagian Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah yang sanggup berdiri dipentas anjuran Badan bertindak kembalikan royalti kelantan dan PAS adalh satu tindakan yang diluar pemikiran akal. Perbuatan yang kontra dengan pendirian kerajaan pusat ini menunjukkan Ku Li berada diposisi bertentangan dengan UMNO. Ini tindakan seorang pemimpin sudah tidak punya modal untuk membantu dirinya menjadi popular. Umum tahu Ku Li sudah jauh tertinggal kebelakang dalam arus perdana politik tanahair khususnya UMNO.

Jika dibandingkan dengan Tun Mahathir yang tidak memegang jawatan dalam UMNO di Bahagian sekalipun, Ku Li juah tertinggal di belakang.
Jadi bila dah mula tidak dipandang ibarat dah tak berapa laku, terpaksa menjual diri dengan harga yang murah.
Bercakap di pentas pembangkang akan menjadikan namanya kembali disebut.Itulah niat Ku Li agaknya.Malangnya namanya disebut sebagi orang yang tidak setia kepada UMNO.

Amat malang sebenarnya bagi Ku Li bertindak begitu. Disaat umur politiknya sudah berada di atap, beliau menjadikan dirinya dipandang rendah oleh ahli UMNO.
Sewajarnya, sejarah mengkhianati UMNO satu ketika dulu dibiarkan dibalut dengan akhiran yang baik setelah bersama UMNO. Tapi akibat kebuntuan akal, Ku Li mengambil jalan yang salah.
Malanglah orang yang bernama Ku Li...
Rasanya masih belum terlambat untuk Ku Li insaf.