BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Khamis, 23 Jun 2011

Perjumpaan AJK Penaja Suara Inspirasi Malaysia-SIM di Ayer Hitam pada 25-26 Jun 2011



AJK penaja dan sebahagian ahli Suara Inspirasi Malaysia- SIM akan mengadakan perjumpaan dan mesyuarat AJK Penajanya pada 25 dan 26 hb Jun 2011 bertempat di Dewan Pejabat UMNO Bahagian Ayer Hitam jam 11 pagi.
Berkesempatan dengan mesyuarat itu juga, AJK penaja SIM merasa amat berbangga kerana UMNO Bahagian Ayer Hitam yang diketuai oleh YB. Datuk Samsolbari Bin Jamali bukan sahaja telah memberikan sokongan dan kerjasama kepada SIM, malah YB.Datuk Samsol dan semua pimpinan UMNO bahagian Ayer Hitam serta beberapa cawangan-cawangan juga menerima baik dengan mengadakan program yg turut disertai anggota SIM.

Dengan demikian, sesuailah matlamat dan halatuju SIM itu sendiri dalam misi penubuhannya iaitu untuk berjuang di alam Cyber dan di dunia reality bagi membantu UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.

Beberapa program telah disusun atur di Ayer Hitam nanti. Selepas selesai mesyuarat Penaja SIM nanti pada Sabtu 25hb, anggota SIM akan dijamu makan tengahari bersama Pimpinan dan AJK UMNO Bahagian Ayer Hitam.
Pada sebelah Petangnya pula, Anggota SIM yang dianggotai lebih kurang 30 orang akan bersama skuaq sayang dan biro kebajikan dalam program Ziarah Kasih di Kg.Hj Ghaffar dan sembang petang bersama penduduk kampong itu.

Pada sebelah malam Anggota SIM akan menginap di rumah rehat di Kg.Parit Baring,Parit Raja dan menjamu selera secara santai yang disediakan oleh YB.Datuk Aziz Kaprawi, EXCO kerajaan Johor.

Manakala pada pagi ahad 25hb pula, Anggota SIM akan ke Kg.Parit Tengah bersama penduduk Kampong dalam program budayawan bersama Persatuan Budayawan Johor sebelum berlepas pulang. Di Kg Parit Tengah, anggota SIM akan bersama YB.Datuk Samsolbari ,ADUN Semarang yang juga Ketua Penerangan UMNO Johor dalam program sembang santai.
Kepada anggota SIM yang berdekatan di sekitar Negeri Johor juga dialu-alukan untuk hadir bersama

Terima kasih YB.Datuk Samsolbari, YB.Datuk Aziz Kaprawi, semua Pimpinan UMNO dalam bahagian Ayer Hitam dan cawangan terlibat.
Semoga Allah bersama kita semua dalam perjuangan sebuah bangsa yang bermaruah..!!!

Rabu, 22 Jun 2011

Nasib Melayu di sektor Awam kalau .....

Bagaimanakah nasib anak-anak melayu nanti sekiranya sistem pentadbiran negara disentuh apabila Pakatan Pembangkang berjaya memerntah Malaysia..?
Saya hanya berkata "DISENTUH" sahaj..belum kata "DITUKAR"...!
Kalau disentuh umpamanya sektor pentadbiran awam, umpamanya mereka mengambil pendirian untuk peruntukkan 40 peratus sahaja penjawat jawatan awam kepada orang bukan melayu... Hari ini sektor pentadbiran awan dikuasai lebih 90% orang Melayu.. Nanti kalau dimintanya hanya 40% sahaj kepada orang bukan melayu..camana yek...??
Sedangkan hari ini kita masih lagi terdengar rintihan anak melayu sukar untuk mendapat tempat bertugas di sektor awam/kerajaan kerana tidak ada kekosongan.. Agak-agak dalam tempoh 5 tahun mereka memerintah nanti apa akan kita dengar pulak...?
Sudah barang pasti kita bukan sahaja dengar..malah kita akan melihat anak-anak melayu pegang fail berisi dokumen dan sijil merata-rata dijalanan untuk mencari kerja..
Anak melayu akan merempat dinegara Tanah Melayu..tanah milik bangsa sendiri..Subhanallah..
ANAK MELAYU KENA INGAT...
Hari ini anak mereka tak bekerja pun mereka tetap bergelar "anak Towkey"...esok kalau mereka dah penuh bekerja di sektor kerajaan..mereka adalah kakitangan kerajaan dan masih tetap "Anak Towkey"..!! Anak melayu jadi ape...????

Tu baru satu perkara yg saya Sentuh.. Renungkan lah..
SOKONG UMNO SEJAHTERA MELAYU...

Sabtu, 11 Jun 2011

KEJATUHAN NEGARA ISLAM PAS- Tun M

KEJATUHAN%20NEGARA%20ISLAM%20PAS

KEJATUHAN NEGARA ISLAM PAS
By
Dr. Mahathir Mohamad
on June 10, 2011 2:40 PM | Permalink | Comments (1) | TrackBacks (0)
Bookmark and Share
1. Saya tertarik dengan penjelasan Nik Aziz kenapa selepas 30 tahun mengguna "perjuangan untuk Negara Islam ala PAS" untuk mendapat sokongan orang Melayu, sekarang PAS menggugurkan Negara Islam dan hukum Hudud. Kononnya Nik Aziz berpandukan Al-Quran dan Hadith.

2. Apakah Nik Aziz baru saja baca Surah Al-Baqarah dan sedar yang Negara Islam PAS menimbul salah faham dan menakutkan pihak tertentu? Jikalau kerana kesedaran ini akan menakutkan pihak tertentu (orang bukan Islam - Karpal Singh) maka PAS menggugur Negara Islam PAS, maka benarlah yang pengguguran ini bertujuan untuk menghapuskan ketakutan mereka ini, supaya mereka akan sokong PAS dalam pilihanraya, dan bukan kerana agama membenarkan atau tidak.

3. Kerana UMNO tidak menyokong Negara Islam PAS dan hukum Hudud PAS, Nik Aziz tidak terima UMNO.

4. Tetapi bila DAP dan Karpal Singh tidak bersetuju dengan pendirian PAS, Nik Aziz semak semula Surah Al-Baqarah dan tiba-tiba selepas 30 tahun, mendapati bahawa Negara Islam dan hukum Hudud boleh dibelakangkan dan diganti dengan Negara kebaijikan PAS.

5. Demikianlah Nik Aziz lebih bersedia akur kepada pendapat DAP dan Karpal kerana ingin mendapat undi bukan Islam. Penyokong PAS akan turut dimana sahaja pemimpin PAS bawa mereka. Gugur Islam pun mereka akan undi PAS.

6. Untuk perpaduan Melayu dan Islam Nik Aziz tidak sanggup berganjak walau sedikit pun. Biarlah orang Melayu Islam berpecah dan hancur kononnya kerana bagi Nik Aziz perjuangan PAS untuk Negara Islam dan hukum Hudud tidak boleh dibelakangkan atau digugur. Jika ada usaha untuk merapatkan hubungan dan kerjasama politik antara PAS dengan UMNO, Nik Aziz dengan tegas menolak kerana UMNO tidak Islam.

7. Tetapi kita sekarang dapat lihat bagaimana mudahnya PAS dan Nik Aziz menolak Negara Islam PAS dan hukum Hudud PAS kerana ingin bersekongkol dengan DAP untuk mendapat undi bukan Islam.

8. Wahai orang Melayu yang semuanya beragama Islam. Bukalah mata kamu dan lihatlah bagaimana PAS mempermainkan Islam. Bukan Surah Al-Baqarah yang mendorong PAS menggugurkan Negara Islamnya. Nik Aziz sendiri berkata yang mendorong PAS ialah ketakutan orang bukan Islam kepada Negara Islam. Untuk kemenangan pilihanraya ketakutan orang bukan Islam mesti dihilangkan dengan menggugurkan perjuangan Islam PAS.

Isnin, 6 Jun 2011

Himpunan Pejuang FB Maya Pro-Kerajaan tubuh SUARA INSPIRASI MALAYSIA -SIM





ASSALAMUALAIKUM...WBH.

Suara Inspirasi Malaysia-SIM diilhamkan secara bersama oleh sahabat-sahabat pejuang maya Pro Kerajaan dan UMNO dari kalangan pejuang maya di alam cyber akaun Facebook. Berkat pertemuan antara kami sebanyak 2 kali dan perbincangan secara terus di alam maya, Alhamdulillah, Group ini lahir dengan berkat kesefahaman sahabat-sahabat pejuang Maya dengan dua matlamat utama:

1. Perjuangan di alam Cyber Maya.

2. Perjuangan di dunia reality.


Berbekal Moto dan slogan hasil ilham muafakat pertemuan bersama iaitu:

a: MOTO - Mendengar, Mencari dan Menyelesaikan -3M.

b: Slogan - Suara Anda Perhatian Kami.


Hanya mereka yang Pro BN dan UMNO sahaja layak untuk menjadi rakan dalam Group ini.

Yang Pro Pembangkang dah SEDAR dan INSAF di alu-alukan juga.....hehehe..

LUAH KAN SEGALA YANG BERADA DI BENAK HATI DAN MINDA ANDA, ANDA BEBAS MENYEBARKAN,MEMBERI PANDANGAN,MENYAMPAIKAN MAKLUMAT DAN FAKTA,BERITA,HUJAH,KOMENTAR YANG MEMBINA UNTUK KEBAIKAN KERAJAAN,PARTI UMNO DAN NEGARA

Sokongan semua pihak yang menyayangi Kerajaan dan UMNO amat di alu-alukan...

Khamis, 2 Jun 2011

HIDUP BARANG ANUWAR...!!!... NAIK BARANG ANUWAR...!!!


Siapakah orang melayu yang nak jadi Hanjing Aci AMBIGA sabtu ini di Dataran Merdeka...??
Kita nak tengok berapa ramai melayu yang nak jadi hanjing aci kaudu nih...??
Berapa ramai Pulak Ostad-Ostad hamPAS turut sama berkumpul nanti...
Mereka pasti akan Jerit kuat-kuat...
HIDUP BARANG ANUWAR...!!!!
NAIK BARANG ANUWAR...!!!!
Kehkehkeh...