BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Ahad, 22 November 2009

Kenali Penyakit PSORIASIS








PSORIASIS.. satu penyakit yang sebenarnya biasa ditemui tetapi tidak dikenali umum.
Penyakit kulit yang seakan-akan kurap. Bertompok-tompoh mengelupas di kulit akibat kelebihan pertumbuhan kulit menjadi seakan bersisik.

Penyakit yang sehingga ini tiada penawar diperolehi oleh pakar-pakar perubatan dunia. Tetapi ia boleh pulih..bagi penulis, pulih dengan kehendak Allah SWT. Namun kebiasaannya ia akan datang kembali.
Namun Psoriasis tidak perlu ditakuti oleh umum kerana tidak berjangkit. Ia juga disahkan oleh pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia.

Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Liga Dermatologi Asia, di Malaysia sahaja, satu juta orang menghidapi psoriasis. Penyakit ini juga tidak memilih untuk dihidapi manusia. Tapi kebiasaannya ia akan menyerang seawal usia 15 tahun.
Faktor tidak menjaga kebersihan juga bukan faktor yang boleh dikaitkan dengan serangan penyakit ini.

Kesan penghidap PSORIASIS:

> Kebiasaannya akan mengalami stress dan kemurungan akibat tekanan kewujudan penyakit ini.
> Merendah diri namun terlalu cepat marah.
> Kurang selera makan.
> Mampu ke satu tahap mengalami tekanan emosi yang tinggi.
> Mengalami lemah pada otot terutama kaki pada usia 40-45 tahun.

Apa Semestinya dibuat penghidap PSORIASIS ?

> Banyakkan pergerakan / senamam fizikal.
> Hentikan merokok.
> Tidak perlu terlalu merendah diri bagi mengawal tekanan emosi dan kemurungan.
> Dan yang paling penting JANGAN BERHENTI UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN SECARA BERTERUSAN. atau Jangan Berhenti menggunakan ubat-ubatan yang disyorkan oleh pakar perubatan dan farmasi.

UBAT:

> Kebiasaannya di hospital kerajaan kita akan dibekalkan ubatan seperti krim sabun, Krim sapu, Syampoo khas.

> Namun juga boleh mendapatkan ubat yang agak berkesan untuk pengawalan di farmasi-farmasi swasta seperti berikut :
1. Sabun SEBITAR untuk mandian.
2. Krim ROSKEN skinrepair.

Dua ubat diatas adalah disyorkan kepada pesakit disamping dapatkan Syampoo mandian daripada hospital kerajaan.

PUNCA:

Kebanyakan pesakit yang ditemui berkongsi pendapat tidak tahu punca sebenar penyakit ini . Mengikut pengalaman dari rakan-rakan yang mempunyai masaalah psiorasis ini ada 3 jenis psoriasis.

Pertama :
Psoriasis yang kering dan nipis.
Ia bermula tanpa disedari kerana kebiasaannya ia akan bermula di kulit kepala. Kebiasaannya pesakit akan menganggap ianya kelemumur dan dari masa-kesemasa ia mula menebal dan berkeping-keping. Bagaimanapun ia mampu menular kebahagian telinga dan akan menular kelain-lain bahagian badan.
Kebiasaannya ia tidak akan menular dibahagian-bahagian sulit seperti di ketiak dan kemaluan.
Psoriasis jenis ini kering, tidak gatal.
Pesakit tidak perlu takut untuk memakan makanan-makanan yang menjadi ketakutan kepada pesakit kurap atau kayap seperti telur, daging, udang dan lain-lain kecuali SOTONG DAN KACANG TANAH.
Mengikut pengalaman, SOTONG dan KACANG TANAH akan memberi kesan pertambahan keluar keluarnya kulit. Ia akan menjadikan sisik itu menjadi agak tebal. Namun ia mudah tanggal tanpa sebarang luka pada kulit.

Dalam kes psoriasis jenis ini ia kerap hilang , bersih sebersihnya namun kerap kembali semula, namun tidak semestinya ia kembali tumbuh ditempat yang asal.

Kedua:
Psoriasis yang tebal dan basah.
Jenis ini kebiasaannya mula tumbuh dibahagian kepala juga dan akan tumbuh di anggota badan yang lain. Namun ia agak tebal dan menias (Basah). Pesakit yang meghidap Psoriasis jenis ini akan merasa kegatalan disemua tempat yang dijangkiti dan mengakibatkan ianya menais dan berbau.
Psoriasis jenis ini sukar untuk hilang dan kebiasaannya ia kekal. Dengan tidak mengabaikan ubat yang diberikan ia mampu menghalang perebakan secara cepat.

Ketiga:
Psoriasis Hitam.
Psoriasis jenis ini jarang berlaku di bahagian kepala. Kebiasaannya ia berlaku dimana-mana satu anggota badan,kaki atau tangan. Dan Biasanya ia hanya terjadi di satu tempat sahaja. Umpamanya kalau ia berlaku di kaki, maka ia akan menebalkan kulit kesatu tahap sangat tebal. Ia mudah di kopak dan jika dikopak kulit itu ia akan berair dan berbau busuk. Ia akan membesar dalam jangka masa yang amat perlahan. Namun ia tidak mudah untuk hilang atau pulih.

Dalam kes seperti ini pemakanan harus dijaga, makannan seperti Udang, sotong, kacang dan daging lembu harus dielakkan sama-sekali.

Kesimpulan daripada artikel ini adalah untuk mengajak semua pihak agar memahami penyakit ini dengan lebih dekat. Dalam masa sama, adalah difahamkan bahawa penyakit ini adalah penyakit yang seharusnya dikawal penularannya kerana tiada sebarang penawar ditemui oleh pakar perubatan seluruh dunia bagi mengubati PSORIASAIS ini.

Segala permasaalahan bagi penghidap penyakit Psoriasais, pesakit harus mendapatkan rawatan segera di hospital-hospital.

ANWAR oh ANWAR

Penasihat PKR Anwar Ibrahim semakin tertekan sekarang ini. Satu demi satu kebobrokan dirinya terkeluar..seorang demi seorang penyokongnya meninggalkan dirinya.. Kekalahan perjuangan politik peribadinya semakin hari semakin menghampiri orang yang bernama Anwar Ibrahim.

Akibat terlalu tertekan Anwar Ibrahim seperti biasa mahu melindungi hakikat itu dengan mencipta kekeliruan dan cuba mengalih pandangan umum terhadap hakikat titik penamat angan-angan beliau sudah terlihat..semakin hari semakin jelas titik itu..

Maka mahu tidak mahu, Anwar mesti menggunakan senjata yang merupakan strategi terakhir yang ada iaitu menyerang peribadi YAB.Dato' Seri Najib Tun Razak.. Tapi sayang...senjata itu tidak akan mampu untuk Anwar menyelamatkan diri dari dikejar titik penamat karier politiknya. Man mungkin Anwar akan berjaya untuk menghancurkan Dato' Seri Najib ?.. Dasar pentadbiran, Konsep 1 Malaysia, Kerajaan Penyayang dan yang lebih manis rakyat dapat melihat bertapa Perdana Menteri Kita YAB Dato' Seri Najib seorang yang amat tenang,bijak dan kemanisan yang keluar dari bibirnya dicrasai oleh segenap lapisan Rakyat.. Dalam tempoh kurang setahun rakyat sudah dapat merasai kemanisan dan nikmat dari kepimpinan Dato' Seri Najib. Cuba kita bayangkan tempoh sepenggal...dua penggal..dan seterusnya..

Anwar oh Anwar.. seorang demi seorang penyokong kanan anda lari meninggalkan kamu.. Siapa tak kenal Ezam ? Yang sanggup menunggu tangga di kediaman Anwar semasa kempen reformasi Anwar dahulu..sanggup lari meninggalkan keluarga, sanggup dipenjara semata-mata percaya akan perjuangan palsu kamu.. Sapa tak kenal Lokman Nor Adam ? yang sama perjuangannya demi Anwar, sanggup menghumbankan dirinya dlam tahanan kerana Anwar.. Sapa tak kenal Nallakupan..'taukey' nombor ekor (Magnum Corporation) yang membuat pengakuan memberi Anwar wang RM60 juta ?.. Sapa tak kenal Anuar saari, bekas setuausaha sulit Anwar dulu yang telah mendedahkan Anwar memberi saham-saham kepada Azmin Ali berjumlah rm 8 juta semasa Anwar menjadi menteri keewangan dulu ? Oooh....rupanya ANWAR yang selama ini kononnya menuduh tanpa bukti pimpinan Barisan Nasional sebagai perasuah ruapanya Anwar sendiri adalah "BAPAK PERASUAH NO 1".. Siapa tak kenal Jeffrey Kitingan yang tiba-tiba meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR..

Hari ini, krisis demi krisis kepimpinan PKR bertimpa-timpa..Semuanya hanya kerana satu sebab..HILANG KEPERCAYAAN KEPADA ANWAR IBRAHIM...

Tinggal lah yang benggap-benggap macam Khalid Ibrahim bukan di depan, tapi di belakang Anwar.. Kenapa benggap ? Manakan tidak, Seorang Menteri Besar yang berkelulusan Ekonomi menjadikan Anwar yang tak ada ijazah Ekonomi jadi Guru Ekonomi kepada seorang pemegang ijazah Ekonomi (khalid Ibrahim) !!! Ape tu...?..Kelakar..

Sorang lagi yang setia sangat adalah Azmin Ali...Kenal sape Azmin Ali ?.. Alaa.. yang bininya bernama Shamsidar tu.. Shamsidar yang dulu kononnya ada dot dot dot dgn Anwar tu...Ermmm...sindri pikir laa...

Apa pun Anwar masih berjalan walaupun sedang merangkak..dia sedang merangkak kedepan..malangnya 'titik penamat' itu pun sedang berlari menuju kearahnya...
Kita tunggu wisel penamatnya...

Program SUBUR bukti kerajaan BN sayangi rakyat

Program Subsidi Beras untuk Rakyat SUBUR yang akan dilaksanakan diawal disember 2009 ini merupakan satu lagi bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang bukan sahaja prihatin terhadap masaalah dan kebajikan rakyat, malah ia lebih tepat di berikan gelaran KERAJAAN SAYANG RAKYAT.

Sudah menjadi satu kenyataan dan terbukti betapa kerajaan pimpinan parti Barisan Nasional tidak boleh lagi dibandingkan dengan lain-lain kerajaan dari parti-parti lain di Malaysia ini. Jauh sekali untuk dibandingkan dengan kerajaan 'angan-angan' yang dicipta oleh pakatan pembangkang DAP,PKR dan PAS.

Bukti didepan mata rakyat bagaimana sadisnya rakyat di Pulau Pinang yang mengizinkan DAP memerintah negeri itu..dengan pelbagai isu dan masaalah rakyat berlaku termasuk yang terbaru isu Kampong Buah Pala. Bagaimana tidak bijak dan gagalnya kerajaan PKR Selangor memerintah dengan isu-isu panas 'kepala babi',kuil hindu,ustaz ashari dan yang paling tidak masuk akal perlantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor..?!.. Bagaimana Menteri Besar Kelantan pimpinan 'Tok Guru Nyayok' Nik Aziz yang melantik menantu kesayangannya sebagai ketua eksukutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan PMBK.. MEMALUKAN...

Program SUBUR akan memberi manafaat kepada rakyat yang berpendapatan rendah ini tidak mudah untuk dilaksanakan oleh sebarangan kerajaan termasuk negara-negara maju.

Sudah terang segala-galanya...Rakyat yang tidak mahu mengakui kibajaksanaan dan kebaikan kerajaan Barisan Nasional adalah mereka yang malang..

Terima kasih kepada Kerajaan Barisan nasional dibawah pimpinan YAB.Dato' Seri Najib Tun Razak..

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT NURIYATI-ALI


UMNO cawangan Cahaya Putera mengucapkan selamat Pengantin Baru kepada Cik.Nuriyati Md ithnin dan pasangan pilihannya Sdr. Ali yang telah melangsungkan perkahwinan pada 15 November 2009 di kediaman ayahndanya di Kg. Parit Sikun Laut.Parit Raja.Batu Pahat Johor.

Doa dan harapan agar pasangan ini akan memperolehi kebahagian di alam rumahtangga sepanjang hayat, dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin..

Juga diharapkan agar perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Negara akan terus bersemarak.
Hidup UMNO !

Rabu, 4 November 2009

ANWAR PERLU SIAP UNTUK KUBURKAN AGENDA POLITIK PERIBADI

Anwar Ibrahim mulai sekarang sudah boleh bersiap sedia untuk menguburkan agenda politik peribadinya. Rentetan masaalah pimpinan PKR yang berlaku dalam parti kelamkabut ini dengan perletakan jawatan pemimpin -pemimpinnya meletakkan Anwar dalam keadaan yang amat tidak selesa ketika ini. Rakyat pula sudah semakin hari semakin melupakan dan tidak mahu mengambil perhatian dalam isu-isu yang dibangkitkan oleh pemimpin parti-parti pembangkang yang diketuai Anwar. Rakyat sudah muak dengan isu dan kerenah serta perlakuan pemimpin pembangkang. Sitausi riuh rendah yang sengaja dibuat oleh puak-puak ini sudah tidak lagi menarik perhatian penyokong mereka sendiri. Perasaan jemu dan mual mula dirasai oleh penyokong mereka. Anugerah akal yang dikurniakan Allah kepada penyokong mereka telah mula digunakan mengikut kehendak Illahi, langsung menjadikan penyokong Anwar diperlihatkan akan kenyataan hakiki bahawa agenda perjuangan yang pada awalnya disangka untuk kepentingan rakyat sudah tersasar dan sebenarnya adalah untuk memenuhi hasrat dan cita-cita peribadi Anwar Ibrahim semata-mata.

Lakonan retorik Anwar Ibarhim telah di hidu dan sudah sampai masanya Anwar bersiap sedia menerima hakikat perjuangan untuk memenuhi cita-cita peribadinya mustahil untuk dicapai.

Entah apa agaknya yang sedang difikirkan lagi selepas ini. Lakonan bagaimana lagi mampu untuk Anwar lakonkan untuk menipu penyokongnya.

Rasanya, Anwar tidak akan mampu menipu rakyat lagi... Jadi adalah lebih baik Anwar mengabadikan cita-cita peribadinya dalam kamus hidupnya.

Hadapi kenyataan bahawa beliau harus menghadapi kes liwatnya di mahkamah.
ANWAR !!!KUBURKAN SAHAJA CITA-CITA KAMU UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Negara dan Bumi Bertuah bernama MALAYSIA ini tidak mampu menerima untuk dipimpin oleh seorang yang tidak bermoral dan berkepentingan peribadi seperti anda.

Kepada Rakyat Malaysia semua, Ayuh...! Kita terus memakmurkan negara kita dibawah satu payung yang bernama BARISAN NASIONAL berteraskan modul Negara Islam yang Adil dan terbaik dalam konsep 1 MALAYSIA....rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.