BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Rabu, 23 Januari 2013

UMNO tidak Terdesak... namun PAS wajib keluar dari pakatan Pembangkang

Pemimpin Parti PAS wajib membuat pendirian tegas dalam soal menjaga kepentingan Islam jka tidak mahu Agama Islam teruk dijadikan bahan senda dan permianan oleh sekutu mereka terutama DAP. Kesilapan pemimpn PAS bukan lagi kecil dan akibat kesilapan mereka..Kaum lain terutama DAP yang dikenali sebagai parti yang sejak azali mahukan agama Islam dan bangsa Melayu tidak dijadikan Agama rasmi dan keistimewaan Melayu dihapuskan terus memainkan isu sentitif berkaitan hukum hakam Agama. Mereka bertambah berani sekarang ini akibat sikap pemmpin PAS yang seakan kemaruk untuk menjatuhkan kerajaan UMNO/BN yang akbatnya mereka sendiri tahu mereka tidak akan beruntung apa-apa kecuali sekadar dapat menduduki satu atau dua kerusi kabinet. Takkan lah hanya kemaruk kerusi Menteri sanggup menggadaikan Agama..Ia amat memalukan PAS dan seluruh penyokongnya. Mahu tidak mahu pemimpjn PAS terutama Presidennya Hadi Awang harus bertanggungjawab dan tidak perlu merasa malu untuk mengakui kesilapan mereka. Untuk menebus kesilapan besar mereka..adalah lebih baik Hadi Awang dan Nik Aziz memohon maaf dan sekaligus mengambl keketapan PAS keluar dari pakatan rakyat.Dengan demikian penyokong PAS akan merasa mereka sedang kembali pada landasan perjuangan asal parti mereka. Sekarang ini penyokong PAS agak kebingunggan dengan tindakan pemimn mereka yang sering kali membuat kenyataan mengelrukan akibat terlalu mahu menjaga rakan sekutu dan Kehendak Anwar ibrahim. Waktunya belum terlambat.. PAS wajib keluar dari pakatan pembangkang meninggalkan cita-cita buruk DAP dan agenda peribadi Anwar Ibrahim. UMNO tidak terdesak untuk memujuk PAS menyertai UMNO namun PAS seharusnya melihat kepentingan Islam dan Melayu jangan sampai TERSEDAK akibat permainan politik mereka. Kalau tidak mahu ujudkan perpaduan bersama UMNO buat masa ini kita mampu mengerti, Namun menjadi tanggungjawab dan kewajiban PAS mesti keluar dan tidak perlu menyokong parti PKR dan DAP..