BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Selasa, 1 Jun 2010

Kemuncak Program UMNO JUARA RAKYAT Zon Kangkar Baharu Meriah



Kemuncak Program UMNO JUARA RAKYAT Zon Kangkar Baharu berlangsung dengan meriah pada 29 Mei 2010 di perkarangan Balairaya Kampong Melayu kangkar Baharu. Program yang dihadiri lebih 400 orang itu turut dimeriahkan dengan kehadiran ketiga-tiga wakil rakyat dalam Parlimen Ayer Hitam. YB.Datuk SamsolBari Bin jamali, Ketua UMNO BAhagian Ayer Hitam telah menyempurnakan perasmian program tersebut.

YB.Datuk Dr Wee Ka Siong, Ahli parlimen Ayer Hitam yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dan YB. Puan Lim Kee Mooi ADUN Yong Peng turut menyerikan majlis bermesra dengan kepimpinan akar umbi dan rakyat di kawasan Kangkar baharu. Tahniah kepada Semua yang menjayakan majlis tersebut. Seramai 7 Orang ahli Veteran UMNO dalam Zon Kangkar baharu telah terpilih dan menerima anugerah TOKOH VETERAN UMNO ZON Kangkat Baharu.
Mereka menerima cenderahati dan Sijil penghargaan daripada YB.Datuk SamsolBari Bin Jamali.

YB.Datuk Dr Wee Ka Siong dan YB Puan Lim Kee Mooi juga telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang acara sukan dan karnival masakan dan gubahan yang telah dijalankan sebelum ini.

Majlis yang dinamakan Jamuan Mesra 1 Malaysia juga dihadiri pimpinan MCA dan Gerakan kawasan Kangkar Baru. Seramai 7 orang ahli veteran UMNO dari cawangan-cawangan da HiduP UMNO, Hidup BN, Selamat Malaysia...

Wujud 2 TPM: Anwar muflis idea

Cadangan Anwar Ibrahim untuk mewujudkan dua jawatan TPM seandainya pakatan pembangkang menerajui kerajaan adalah cadangan seorang yang telah kehabisan modal dan buntu akal untuk menjaja diri demi kepentingan politik peribadi.
Dah muflis idea macamana nak dapatkan pengaruh dari kaum Cina maka idea "JUAL SELIPAR BURUK" ini dijadikan modal.
Anwar tahu dan sedar orang melayu berterusan meninggalkan beliau kerana kebanyakkan orang Melayu sudah tahu temberang dan kelentong beliau. Mahu tak mahu Anwar mencari idea mempopularkan dirinya kepada kaum Cina walaupun bermodalkan idea gobloknya.

Orang Cina tidaklah terlalu bodoh untuk ditipu wahai Anwar. Sesungguhnya Orang Cina juga beransur meninggalkan Anwar. Sampai bila dan sebanyak mana mereka boleh terus-terusan di tipu dengan janji kosong Anwar..

Kesiannye Anwar...

Taubatlah wahai ANWAR !!!