BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Selasa, 28 Disember 2010

Imam Jalil sambut menantu 3 orang sekali pada Ahad, 9 January 2011






Imam Surau Taman Mewah,Yong Peng, Johor, Jalil Majid akan mengadakan majlis menyambut menantu 3 orang sekali pada 9 hb January 2011. Majlis akan diadakan di kediaman beliau di N0 10,Jalan Mewah 9, Taman Mewah, Yong Peng.
Tiga orang anak pasangan Jalil Majid dan Normah Mohidin ini semua lelaki iaitu Sdr. Mohd.Ghzahalyi Jalil. Mohd Hanafi Jalil dan Mohd Yazid Jalil.

Sebelum ini Majlis Perkahwinan dan akad nikah diadakan berasingan dirumah pengantin perempuan berselang seminggu dalam bulan Disember.

Kita doakan semoga Majlis menyambut menantu ini akan berlangsung meriah dan kita ucapkan selamat pengantin Baru kepada ketiga-tiga pasangan mempelai tersebut.

TAHNIAH kepada Imam Jalil dan keluarga.

Isnin, 27 Disember 2010

Tahniah Pasukan Bolasepak Negara: Kembalikan Kegemilangan Bolasepak Negara..

Kejayaan

Pasukan Bolasepak Kebangsaan membenam pasukan Indonesia malam tadi dengan pukulan 3-0 cukup membanggakan negara. Kita berharap kemenangan ini akan terus berlanjutan dalam perlawanan akhir pusingan kedua di Indonesia nanti bagi memastikan piala berprestij peringkat asia tenggara ini akan mampu dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

Kecemerlangan pasukan kebangsaan dalam Sukan Sea lepas telah dibuktikan bukan kerana nasib semata-mata. Kemenangan demi kemenangan sudah mula diraih dengan semangat juang yang tinggi daripada semua pemain kebangsaan. Kita dapat lihat keberanian dan keyakinan pemain-pemain begitu tinggi. Seolah-olah tiada batas rasa gerun dengan pasukan lawan. Ini lah yang kita harapkan akan berterusan agar kegemilangan di era 80 an pasukan negara akan dapat dikembalikan.

Rakyat amat lama sudah menanti saat ini dan sudah pasti ia akan menjadi satu kebanggaan kerana bolasepak adalah sukan paling berprestij dan berpengaruh didunia.

Kita percaya dengan kecemerlangan berterusan pasukan negara, penyokong dan peminat sukan nombor satu ini akan kembali memenuhi ruang-ruang tempat duduk stadium apabila pasukan kebangsaan beraksi.

Semasa perlawanan antara pasukan negara dgn Vietnam di separuh akhir sebelum ini di Bukit Jalil, saya dapati anak-anak muda diawal lagi sudah berarak kestadium Bukit Jalil dengan ragam yang begitu membanggakan. Degan pakaian jersi hitam kuning disetiap sudut laluan kestadium. Saya begitu terkesan bahawa mereka begitu bersemangat untuk menyokong pasukan negara bagi memenangi perlawanan. Alhamdulillah ia direalisasikan oleh pemain negara.

malm ini sekali lagi dibuktikan Pasukan Bolesepak negara sudah mendapat sentuhan untuk menjadi salah satu pasukan yang digeruni diperingkat antarabangsa.

Tahniah kepada semua pemain,pegawai dan penyokong setia..
MALAYSIA SENTIASA BOLEH....!!!

Jumaat, 24 Disember 2010

1 Malaysia Racun pembunuh cita-cita Anwar dan Pakatan Rakyat



Tindakan kerajaan Pakatan Rakyat selangor mengeluarkan arahan mengharamkan penggunaan logo 1 Malaysia adalah satu bukti nyata selama ini Pakatan rakyat memang bermain dengan retorik pembohongan besar terhadap rakyat. bagaimana gagasan 1 Malaysia yang nyata merupakan satu idea penyatuan dan perpaduan rakyat ditolak Pakatan Rakyat.

Selama ini suara mereka mendendangkan slogan Samarata-samarasa...
Kita tahu slogan itu tidak mungkin dapat dilaksanakan ketika ini dan mereka juga tahu, tetapi untuk menipu rakyat dengan dakyah tidaak logik itu mereka nyayikan untuk membawa rakyat kearah kehancuran perpaduan yang sekian lama terbina.

Kini gagasan 1 Malaysia yang dicipta untuk kesinambungan perpaduan rakyat berbilang bangsa ini ditolak Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan bahawa apa yang mereka laungkan selama ini adalah pembohongan semata-mata. Bukti Pakatan Rakyat yang di ketuai Anwar Ibrahim pembohong nombor wahid dalam negara ini.

Apa yang jelas hari ini.. Pakatan Rakyat amat takut dengan slogan dan gagasan yang tercipta dan sedang bergerak menuju destinasi kejayaan. Rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini semakin hari semakin dapat menerima malah menyokong usaha kejayaan konsep gagasan 1 malayssia ini.

Terkedu dan terpukul dengan penerimaan rakyat terhadap 1 Malysia ini, maka Pakatan Rakyat menganggap 1 Malaysia bakal menghancurkan cita-cita mereka. Anwar Ibrahim adalah orang yang paling takut dengan kejayaan 1 Malaysia kerana sudah terbayang dihadapan mata cita-cita untuk menjadi perdana menteri sudah semakin kabur dan hampir terkubur..

Kepada Rakyat Malaysia semua..
Ayuh kita menyokong 1 Malaysia
untuk kesinambungan negara Malaysia
negara perpaduan yang aman,makmur,maju dan sejahtera.

Hidup 1 Malaysia...!!!

jom ke felda



KARNIVAL JOM KE FELDA yang dianjurkan oleh Pertubuhan Usahawan Generasi Felda Malaysia (PUGFM) telah berakhir bagi sesi tahun 2010 di Felda Pertam, Bera Pahang pada 16 hingga 19hb Disember yang lalu.

Karnival yang diisi dengan pelbagai jualan,acara,persembahan,konsert hiburan mendapat sambutan menggalakkan daripada warga felda setempat dan harus disokong oleh semua pihak yang terlibat terutama bagi pihak felda itu sendiri.

Apa yang saya lihat,Karnival tersebut tidak semata-mata berunsur perniagaan tetapi pelbagai pengisian yang boleh dipuji seperti pengisian program Forum Agama,pertandingan Azan, lawatan serta sumbangan kepada warga emas dan kurang upaya juga diutamakan.

Acara sukan rakyat dan acara-acara berbentuk pertandingan yang disertai oleh warga felda menyerukan dan memeriahkan lagi suasana. Disamping itu gelagat dan telatah artis pelawak-pelawak daripada kumpulan raja lawak seperti "Mie" dan "Taukey" serta rakan-rakan memberikan kita satu suasana yang amat menceriakan.

Program juga diisi dengan konsert hiburan oleh artis-artis tanahair yang dibawa oleh Muzik FM. Ini memberikan peluang kepada warga felda menyaksikan sendiri kehebatan persembahan artis tanahair dari dekat.

Di edisi akhir Kaarnival JOM KE FELDA 2010 di felda Pertam itu saya dapatai wakil-wakil rakyat kawasan itu turut sama hadir bermesra dengan rakyat. Ini memberikan peluang wakil rakyat bertemu dan bersua dengan rakyat secara langsung tanpa protokol bersesuaian dengan konsep rakyat didahulukan. Sekalung Tahniah kepada wakil rakyat yang terlibat di Pertam.

Tahniah Kepada PUGFM yang menganjurkan Karnival JOM KE FELDA ini terutama kepada En.Hafizan Hassaan selaku Timbalan Presiden PUGFM yang juga Pengarah Projek PUGFM-Jom Ke Felda yang merupakan orang kuat bagi memastikan setiap edisi karnival yang diadakan berjaya dengan cemerlang. Juga termasuk krew-krew mereka.

Semoga pihak Felda akan terus memberikan kerjasama dalam merealisasikan usaha murni PUGFM ini di edisi 2011 yang dujangka bermula pada bulan February 2011.

Isnin, 20 Disember 2010

KAPIR HARBI HARAMJADAH ANTI MELAYU....

HARAMJADAH sekor di PP ni tak abis-abis dengan provokasinya menyakiti hati orang Melayu. Kesialan tertinggi kapir harbi ini semakin hari semakin menjadi-jadi....
Bangsat yang tak reti di untung hidup dalam TANAH MELAYU mampu kecap kemewahan tanpa diganggu-gugat oleh bangsa empunya negara bertuah bernama Malaysia...bangsa apa yang empunya negara TANAH MELAYU yang sekarang ini bernama MALAYSIA atau lebih tepat lagi "MELAYUSIA"..? Sudah tentu bangsa MELAYU...

Bangsat itu patut bersyukur dan berterima kasih kepada bangsa MELAYU kerana selama ini dia masih lagi panjang umurnya,sihat,kayaraya dan mampu pulak jadi Ketua Menteri...!!!
Bayangkan jika Si Jahanam ni tinggal di negara lain, Indonesia misalnya...
Huhuhu...memang kena salai la jawapnya towkey Babi ni...

Hoi ....
Ini Negara Melayu laaaa....!!!!!!!!!!!!!!

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Jumaat, 17 Disember 2010

Usaha "Sis Dieda" disokong: Jangan Pinggirkan Anak Muda




Saya bersama Sis Dieda dan kumpulan bermotor KL di satu pertemuan di Ampang 16/12/2010

Andainya anak-anak muda sering didampingi pemimpin setempat atau mereka yang lebih dewasa sudah tentu mereka akan menjadi pewaris bangsa yang amat bernilai untuk negara ini. Hendaknya kita terutama pemimpin-pemimpin atau warga yang lebih dewasa jangan mudah meletakkan gulungan seperti mat-mat motosikal mahupun mereka-mereka yang melepak di pusat-pusat beli-belah dan seumpamanya sebagai kelompok yang dipandang hina dan sentiasa diperkecilkan serta dipinggirkan. 

Kita tidak menolak perlakuan sumbang harus kita tentang habis-habisan namun dalam masa yang sama apakah kita pasti pendekatan yang kita gunakan selama ini berkesan memastikan ia tidak berlaku, bagaimana untuk kita menarik perhatian gulungan muda ini agar menolak perlakuan yang tidak bermoral atau sumbang.
Kita mungkin sekadar mengiklankan dalam media massa mahupun banner-banner namun adakah ia cukup berkesan.

Dalam hal ini saya tertarik dengan pendekatan Dieda Shaharudin atau lebih dikenali dengan gelaran "Sis D"..
Saya sedia mendekati Sis Dieda dan mendapati beliau mempunyai jiwa penyayang terhadap anak-anak bangsanya. Dengan mendekati gulungan ini dan sentiasa memberikan sokongan moral saya dapati gulungan ini berasa dihargai dan dalam masa sama mampu menjadi kumpulan yang mempunyai moraliti tinggi dan berhemah.
Seharusnya pendekatan Sis Dieda ini dijadikan contoh terbaik kepada kelompok pimpinan muda mengikuti jejak langkah Sis Dieda.
Langkah dan aktiviti yang diatursusun seharusnya disokong oleh pihak-pihak yang berkenaan terutama dari pihak kerajaan.
Dalam masa sama insyaAllah gulungan anak muda ini akan dapat disatukan menjadi kelompok muda yang berhemah dan mengerti erti kehidupan sebenar sebelum melangkah ke alam kedewasaan yang penuh dengan tanggungjawab terhadap persekitaran hidup.

Tahniah kepada Sis Dieda..Saya sokongan perjuangan anda...!!!


Ahad, 12 Disember 2010

Bertaubatlah ABANG AZMIN - Ummi Hafilda

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali diminta bertubat oleh adik kandungnya sendiri...

Sebagai seorang adik yang sudah pasti mengenali antara satu sama lain adalah menjadi sesuatu yang harus kita dan semua rakyat berfikir secara rasional pemohonan seorang adik kepada abangnya.
Kalau dah adik sendiri minta Azmin bertaubat dan kambali ke pangkal jalan..rasanya ia cukup jelas buat kita semua memahami. Dan Azmin Ali.....segera lah bertaubat dan hormatilah kemahuan adik kamu itu.
Kasih sayang seorang adik itu jangan di perlekeh..jauh daripada itu pula permohonan ini dibuat atas kesedran dan keinsafan untuk menyelamatkan rakyat dan negara.
Kalau bukan kerana kasih dan sayangnya Ummi terhadap Abangnya Azmin tidak mungkin permintaan ini dibuat..

Kita nak lihat apa reaksi Azmin dengan permohonan adiknya Ummi Hafilda. Daan kita nak tengok juga reaksi penyokong PKR dan yang paling kita nak dengar reaksi PENASIHAT SEUMUR HIDUP parti PKR sang Anwar Ibrahim.

Dalam permintaan sama, Ummi juga mahu Anwar dan Wan Azizah segera bertaubat...
Kita tunggu apa reaksi Azmin, Anwar dan Wan Azizah...
Bersyukurlah Azmin adik mu mahu memberi nasihat yang membawa kepada kebaikan kamu dan negara.
BERTAUBAT LAH........!!!!

Sabtu, 11 Disember 2010

Selamat Kembali Dari Menjadi Tetamu Allah Kepada Pemimpin UMNO Bahagian Ayer Hitam dan Jemaah Haji dari seluruh negara

Cahaya Putera mengucapkan selamat kembali ke tanahair kepada pimpinan UMNO Bahagian Ayer Hitam yang terdiri daripada YB.Datuk Hj SamsolBari Bin Jamali (Ketua UMNO Bahagian), Sdr.Hj Mohd.Kamal Bin Harun (Timbalan Kertua UMNO bahagian) dan Pn Hjh Rahemah Binti Idris (Ketua UMNO Baagian) bersama pasangan masing-masing pada 4 Disember yang lalu.

Kita Berdoa agar ibadat Haji yang mereka laksanakan akan diterima Allah Subhanallah Taala dan mendapat haji yang mabrur.

Kesempatan ini juga diucapkan dengan ucapan selamat kembali ketanahair juga kepada semua jemaah haji dari kawasan Parlimen Ayer Hitam khususnya dan Seluruh Negara.
Semoga Ibadat mereka semua diterima Allah SWT...

Amin....

16 September : Anwar pembohong?

Jumaat, 10 Disember 2010

Tak Habis-habis NAZRI jadi "penyial" UMNO...



Ni sekor Menteri yang tak penah buat kerja untuk jaga UMNO sekali lagi menyakiti hati orang Melayu..
Apahal dengan bangkong sorang ni.
Hei..kami kat bawah ni bagai nak rentung betulkan akal dan fikiran orang Melayu agar terus mempercayai perjuangan UMNO. Menyakinkan UMNO terus memastikan bangsa ini dan negara ini adalah sebuah negara yang berdaulat, bangsa Melayu adalah Bangsa yang tidak boleh disanggah sewenang-wenangnya. Perjuangan UMNO adalah kebanggaan Bangsa Melayu.

Tapi Nazri banggang ni tak pernah putus asa betul untuk menyusahkann kita ye...
Dari dulu aku dah cakap si poyo ni adalah pengkhianat UMNO macam Zaid Ibrahim jugak. Tapi takde yang nak pecaya,
Nah sekarang ni dengan bangganya dia berjumpa dengan "sakat BabiWEE" ni kat parlimen siap pakai sarong kepala macam Parlimen ni bapak dia punye.
Jumpa menteri pulak tu...Siallll..
Aku yang 25 tahun bekerja panjat tiang,panjat pokok, menjerit,bertumbuk semata-mata memperjuang dan mempertahankan UMNO nak jumpa menteri pun payah..
Sialan "babiWee" ni senang-senang je jumpa menteri..Hebat betul lah dia ye.

Aku masih ingat dua bulan lalu aku nak jumpa MP aku, kena pakai kemas, pakai kot,walhal aku orang kampong mana ada kot,,terpakse pinjam kot hanya semata-mata nak jumpa MP aku di parlimen..Ni pejuang ni yang selama ni pertahankan parlimen milik Kerajaan BN..

Baruah babiWee ni g jumpa Menterileh pakai sarong kepala pulak macam samseng..
Sakitnya ati aku...

lagi satu, aku baru-baru ni ada mesej Facebook dgn Menteri pasal nak tolong seorang anakbuah yang perlukan bantuan untuk permohonan kad pengenalan anaknya.
Menteri jawab sila jumpa dengan pegawai dia. Aku mintak lah no telefon pegawai khas dia dan mungkin boleh jumpa semasa perhimpunan Agong UMNO lalu di PWTC. Kebetulan tahun ni aku salah seorang perwakilan. Jawab pun tidak.

Kita ni nak jumpa menteri bukan nak mintak harta karun, nak tolong orang bawah pun payah..
Pengkhianat negara nak jumpa sonang-sonang aje..Patut ke..

Harap pak menteri jangan lah pilih kasih..

Kalau orang macamm aku ni walau tak kaya, lau datang KL pun naik bas sambutlah kehadiran kami. Layan lah kami walau sebentar...
Kami jaga anda, kami sayang anda, kami sayang parti kami dan negara kami..
Maka sayangilah kami...Berilah kami masa sedikit..

Maaf lah tulisan ni agak panas..tapi yang membakar siapa..!!?

Maaf maaf maaf...

MIM: Ostad Mulut Celupar, Malu Tersipu Bercerai Madu.

MIM: Ostad Mulut Celupar, Malu Tersipu Bercerai Madu.