BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Isnin, 27 Disember 2010

Tahniah Pasukan Bolasepak Negara: Kembalikan Kegemilangan Bolasepak Negara..

Kejayaan

Pasukan Bolasepak Kebangsaan membenam pasukan Indonesia malam tadi dengan pukulan 3-0 cukup membanggakan negara. Kita berharap kemenangan ini akan terus berlanjutan dalam perlawanan akhir pusingan kedua di Indonesia nanti bagi memastikan piala berprestij peringkat asia tenggara ini akan mampu dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

Kecemerlangan pasukan kebangsaan dalam Sukan Sea lepas telah dibuktikan bukan kerana nasib semata-mata. Kemenangan demi kemenangan sudah mula diraih dengan semangat juang yang tinggi daripada semua pemain kebangsaan. Kita dapat lihat keberanian dan keyakinan pemain-pemain begitu tinggi. Seolah-olah tiada batas rasa gerun dengan pasukan lawan. Ini lah yang kita harapkan akan berterusan agar kegemilangan di era 80 an pasukan negara akan dapat dikembalikan.

Rakyat amat lama sudah menanti saat ini dan sudah pasti ia akan menjadi satu kebanggaan kerana bolasepak adalah sukan paling berprestij dan berpengaruh didunia.

Kita percaya dengan kecemerlangan berterusan pasukan negara, penyokong dan peminat sukan nombor satu ini akan kembali memenuhi ruang-ruang tempat duduk stadium apabila pasukan kebangsaan beraksi.

Semasa perlawanan antara pasukan negara dgn Vietnam di separuh akhir sebelum ini di Bukit Jalil, saya dapati anak-anak muda diawal lagi sudah berarak kestadium Bukit Jalil dengan ragam yang begitu membanggakan. Degan pakaian jersi hitam kuning disetiap sudut laluan kestadium. Saya begitu terkesan bahawa mereka begitu bersemangat untuk menyokong pasukan negara bagi memenangi perlawanan. Alhamdulillah ia direalisasikan oleh pemain negara.

malm ini sekali lagi dibuktikan Pasukan Bolesepak negara sudah mendapat sentuhan untuk menjadi salah satu pasukan yang digeruni diperingkat antarabangsa.

Tahniah kepada semua pemain,pegawai dan penyokong setia..
MALAYSIA SENTIASA BOLEH....!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan