BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Rabu, 4 November 2009

ANWAR PERLU SIAP UNTUK KUBURKAN AGENDA POLITIK PERIBADI

Anwar Ibrahim mulai sekarang sudah boleh bersiap sedia untuk menguburkan agenda politik peribadinya. Rentetan masaalah pimpinan PKR yang berlaku dalam parti kelamkabut ini dengan perletakan jawatan pemimpin -pemimpinnya meletakkan Anwar dalam keadaan yang amat tidak selesa ketika ini. Rakyat pula sudah semakin hari semakin melupakan dan tidak mahu mengambil perhatian dalam isu-isu yang dibangkitkan oleh pemimpin parti-parti pembangkang yang diketuai Anwar. Rakyat sudah muak dengan isu dan kerenah serta perlakuan pemimpin pembangkang. Sitausi riuh rendah yang sengaja dibuat oleh puak-puak ini sudah tidak lagi menarik perhatian penyokong mereka sendiri. Perasaan jemu dan mual mula dirasai oleh penyokong mereka. Anugerah akal yang dikurniakan Allah kepada penyokong mereka telah mula digunakan mengikut kehendak Illahi, langsung menjadikan penyokong Anwar diperlihatkan akan kenyataan hakiki bahawa agenda perjuangan yang pada awalnya disangka untuk kepentingan rakyat sudah tersasar dan sebenarnya adalah untuk memenuhi hasrat dan cita-cita peribadi Anwar Ibrahim semata-mata.

Lakonan retorik Anwar Ibarhim telah di hidu dan sudah sampai masanya Anwar bersiap sedia menerima hakikat perjuangan untuk memenuhi cita-cita peribadinya mustahil untuk dicapai.

Entah apa agaknya yang sedang difikirkan lagi selepas ini. Lakonan bagaimana lagi mampu untuk Anwar lakonkan untuk menipu penyokongnya.

Rasanya, Anwar tidak akan mampu menipu rakyat lagi... Jadi adalah lebih baik Anwar mengabadikan cita-cita peribadinya dalam kamus hidupnya.

Hadapi kenyataan bahawa beliau harus menghadapi kes liwatnya di mahkamah.
ANWAR !!!KUBURKAN SAHAJA CITA-CITA KAMU UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Negara dan Bumi Bertuah bernama MALAYSIA ini tidak mampu menerima untuk dipimpin oleh seorang yang tidak bermoral dan berkepentingan peribadi seperti anda.

Kepada Rakyat Malaysia semua, Ayuh...! Kita terus memakmurkan negara kita dibawah satu payung yang bernama BARISAN NASIONAL berteraskan modul Negara Islam yang Adil dan terbaik dalam konsep 1 MALAYSIA....rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan