BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Khamis, 23 Jun 2011

Perjumpaan AJK Penaja Suara Inspirasi Malaysia-SIM di Ayer Hitam pada 25-26 Jun 2011



AJK penaja dan sebahagian ahli Suara Inspirasi Malaysia- SIM akan mengadakan perjumpaan dan mesyuarat AJK Penajanya pada 25 dan 26 hb Jun 2011 bertempat di Dewan Pejabat UMNO Bahagian Ayer Hitam jam 11 pagi.
Berkesempatan dengan mesyuarat itu juga, AJK penaja SIM merasa amat berbangga kerana UMNO Bahagian Ayer Hitam yang diketuai oleh YB. Datuk Samsolbari Bin Jamali bukan sahaja telah memberikan sokongan dan kerjasama kepada SIM, malah YB.Datuk Samsol dan semua pimpinan UMNO bahagian Ayer Hitam serta beberapa cawangan-cawangan juga menerima baik dengan mengadakan program yg turut disertai anggota SIM.

Dengan demikian, sesuailah matlamat dan halatuju SIM itu sendiri dalam misi penubuhannya iaitu untuk berjuang di alam Cyber dan di dunia reality bagi membantu UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.

Beberapa program telah disusun atur di Ayer Hitam nanti. Selepas selesai mesyuarat Penaja SIM nanti pada Sabtu 25hb, anggota SIM akan dijamu makan tengahari bersama Pimpinan dan AJK UMNO Bahagian Ayer Hitam.
Pada sebelah Petangnya pula, Anggota SIM yang dianggotai lebih kurang 30 orang akan bersama skuaq sayang dan biro kebajikan dalam program Ziarah Kasih di Kg.Hj Ghaffar dan sembang petang bersama penduduk kampong itu.

Pada sebelah malam Anggota SIM akan menginap di rumah rehat di Kg.Parit Baring,Parit Raja dan menjamu selera secara santai yang disediakan oleh YB.Datuk Aziz Kaprawi, EXCO kerajaan Johor.

Manakala pada pagi ahad 25hb pula, Anggota SIM akan ke Kg.Parit Tengah bersama penduduk Kampong dalam program budayawan bersama Persatuan Budayawan Johor sebelum berlepas pulang. Di Kg Parit Tengah, anggota SIM akan bersama YB.Datuk Samsolbari ,ADUN Semarang yang juga Ketua Penerangan UMNO Johor dalam program sembang santai.
Kepada anggota SIM yang berdekatan di sekitar Negeri Johor juga dialu-alukan untuk hadir bersama

Terima kasih YB.Datuk Samsolbari, YB.Datuk Aziz Kaprawi, semua Pimpinan UMNO dalam bahagian Ayer Hitam dan cawangan terlibat.
Semoga Allah bersama kita semua dalam perjuangan sebuah bangsa yang bermaruah..!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan