BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Isnin, 14 Disember 2009

Pertandingan KARA-OKE Suka-suka sempena tahun baru 2010

UMNO cawangan Cahaya Putera akan menganjurkan pertandingan KARA-OKE suka-suka sempena sambutan tahun baru 2010.
Pertandingan ini akan diadakan dengan kerjasama ROHA CAFE Yong Peng.
Pertandingan akan dilangsungkan pada 25 dan 26 Disember 2009 ini bertempat di
ROHA CAFE Yong Peng (Tepian Sungai Sedi berhampiran Tol Yong Peng Selatan):

SYARAT PERTANDINGAN:

<> Pertandingan ini terbuka kepada peminat-peminat KARA-OKE sekitar Yong Peng dan dalam parlimen Ayer Hitam.
<> Dua Kategory dipertandingankan iaitu:
i. BALADA ROCK DAN POP
ii. POP YEH_YEH (60 AN)
<> Bayaran Penyertaan hanya RM 15.00 setiap peserta untuk satu kategori hendaklah disertakan bersama borang Penyertaan. Borang Penyertaan yang tiada disertakan wang penyertaan tidak akan diterima.
<> Borang Penyertaan boleh Didapati di ROHA CAFE Yong Peng atau TUN CAFE Yong Peng.
<> TARIKH TUTUP PENYERTAAN 22/12/2009 selewat-lewatnya jam 12 malam.
<> UNDIAN Giliran dan tarikh persembahan akan di adakan pada 23/12/2009 jam 9.00 Malam di ROHA CAFE Yong Peng.
<> Seorang peserta BOLEH menyertai kedua-dua Kategory dengan syarat mengemukakan dua borang penyertaan bersama dua bayaran berasingan (Rm 15 setiap Kategory).
<> Keputusan Undian adalah MUKTAMAD.
<> Tarikh Pertandingan pada 25 dan 26 / 12/ 2009 bermula jam 9.00 Malam.
<> KEPUTUSAN HAKIM/PENGADIL ADALAH MUKTAMAD.

LAIN-LAIN MAKLUMAT:

<> Penganjur tidak akan menanggung segala perbelanjaan pengangkutan bagi peserta dan penonton.
<> Pihak Penganjur juga tidak menanggung kos makanan dan minuman yang di pesan para peserta dan penonton.Makan dan minum peserta dan penonton adalah tangunggan sendiri.
<> Pihak penganjur juga tidak bertanggungjawab diatas segala kemalangan atau kecederaan peserta dan penonton dan sebarang kehilangan hartabenda peserta dan penonton sebelum atau semasa atau sesudah pertandingan berlangsung.


HADIAH_HADIAH:

KEDUA_DUA KATEGORY: (

JOHAN : Wang Tunai RM 100 + Piala Iringan + Hamper
NAIB JOHAN : Wang Tunai RM 60 + Piala Iringan
KETIGA : Wang Tunai RM 40 + Piala Iringan
KE 4, 5 & 6: Piala Iringan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan