BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Sabtu, 19 Disember 2009

Kerajaan BN : Terus Subsidi pada rakyat. Kerajaan PR P.Pinang: Mansuh Subsidi air !!!

Kerajaan Barisan Nasional terus membuktikan bahawa kepentingan rakyat terus diberi keutamaan dengan meneruskan subsidi RM20 bayaran elektrik kepada rakyat seluruh negara. Satu jumlah subsidi yang besar mampu diberikan terus demi kesejahteraan rakyat terutama golongan miskin. Begitulah prihatinnya kerajaan Barisan Nasional yang dipilh oleh rakyat.

Lain pula halnya dengan kerajaan Pakatan rakyar (PR) yang dipimpin oleh DAP di Pulau Pinang. Alangkah malangnya rakyat Pulau Pinang yang telah silap memberikan kepercayaan kepada parti pembangkang yang terdiri daripada DAP,PKR dan PAS untuk mentadbir negeri pulau Mutiara itu. Rakyat Pulau Pinang telah ditipu oleh kerajaan DAP dengan omongan dan janji kosong. Bayangkan kalau sekadar mentadbir sebuah negeri kecil yang agak kaya dengan sektor perindustrian itu tetapi belum berapa hari mentadbir sudah tidak lagi berkemampuan untuk membela rakyat. Janji untuk memberikan rebet air kepada gulungan miskin hanya mampu bertahan seketika.

Inilah contoh yang seharusnya menjadi tauladan kepada rakyat Pulau Pinang khasnya dan rakyat Malaysia Ammya agar jangan sesekali salah membuat pilihan dalam menentukan parti yang benar-benar layak untuk mentadbir negeri dan negara.

Ternyata, Pakatan Rakyat bukan pilihan yang tepat untuk dipilih mentadbir negeri apatah lagi mentadbir negara. Bak kata pepatah, parti yang terdiri daripada PKR,DAP dan PAS ini hanya pandai "CAKAP TAK SERUPA BIKIN".

Baru setahun jagung dah nak bangkrap dah negeri Pulau Mutiara dikerjakan oleh pimpinan DAP ni.
Malang sekali rakyat Pulau Pinang mendapat kerajaan negeri yang tidak berkeupayaan, tidak berkemampuan dan sudah pasti tidak mempunyai kebijaksanaan mentadbir. Akhirnya rakyat menjadi mangsa.

AYUH rakyat Pulau Pinang !! Kita tukar Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP negeri Pulau Mutiara ini kepada pimpinan kerajaan yang berkeupayaan dan bijaksana dalam pilihanraya akan datang.
Kita TUKAR !!!
AYUH KITA PILIH BARISAN NASIONAL...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan