BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Ahad, 26 Julai 2009

TANGKAP PEMIMPIN GERAKAN MANSUHKAN ISA !



UMNO Cahaya Putera meminta kerajaan dan pihak berkuasa terutama polis agar menangkap pemimpin Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

GMI merupakan satu gerakan yang boleh mencetuskan keteganggan dan menggugat keamanan negara. Pemimpin GMI menggunakan saluran demokrasi tidak berhemah yang merancang untuk menghapuskan akta ISA. Pendekatan mengadakan demontrasi jalanan dan perhimpunan merupakan stail lapuk yang tidak releven untuk digunapakai di negara ini. Matlamat GMI bukan semata-mata ISA, tetapi ia lebih kepada kepentingan parti politik pembangkang yang jumud dan tidak beretika.

Pengerusi GMI, SYED IBRAHIM SYED NOH jangan cuba nak jadi hero kepada rakyat Malaysia. Jangan anda cuba nafikan hakikat ISA adalah akta yang membantu keamanan dan keharmonian hidup rakyat Malaysia yang berbilang agama, bangsa dan adat selama ini.

ISA Masih releven dan mesti dipertahankan.

GMI adalah alat yang sengaja dibentuk untuk kepentingan politik pembangkang. Jangan nak sorok kan hakikat dibelakang GMI adalah parti-parti Pembangkang, NGO-NGO yang pro pembangkang dan musuh kerajaan seperti Hindraff.

Polis diminta tidak memberikan keizinan kepada GMI yang bercadang untuk mengadakan perhimpunan dan berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos ini.
Perhimpunan ini jangan dibenarkan samasekali dan polis mesti bertindak awal dalam isu ini. Perhimpunan ini boleh mengguris hati orang melayu walaupun GMI dipimpin oleh orang Melayu sendiri, tetapi siapa mereka ?.. Mereka ini semua adalah orang yang tidak sudah-sudah memusuhi UMNO dan kerajaan. Sengaja untuk mencetus huruhara dan kecelaruan.
Kesombongan Syed Ibrahim terserlah dengan kenyataan akan menggunakan tenaga 1000 ahli Unit Amal PAS akan dikerah untuk menjaga keselamatan.

Unit Amal PAS ni sape ? POLIS PAS KE atau SAMSENG PAS !!!

PEWARIS dan 10 NGO Melayu ugut akan turut berarak pada 1 Ogos menyokong ISA :

Harus diingat, PEWARIS dan 10 NGO Melayu telah mengeluarkan amaran akan bertembung dengan GMI pada hari sama jika GMI meneruskan hasrat untuk berhimpun dan berarak ke Istana Negara.

Sesuatu yang tidak baik boleh berlaku jika dua kumpulan ini bertembung dan tidak mustahil keadaan huruhara akan berlaku.
Polis mesti bertindak tegas dalam hal ini. Jika GMI masih nak teruskan, jangan tunggu sampai 1 hb Ogos baru nak bertindak, takut terlambat. Adalah lebih baik GMI ni diharamkan dan pemimpinnya diberi amaran keras atau disumbat dalam tahanan menggunakan akta ISA.

Kerajaan tidak perlu tunduk dengan mereka semua. Mereka semua tidak penting, yang penting adalah keamanan, keharminian dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan