BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Rabu, 8 Julai 2009

PAKATAN PEMBANGKANG HARUS DITOLAK

Rakyat terutama orang melayu harus menolak terus pakatan pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim.
Ini kerana pakatan pembangkang tidak mampu menawarkan satu kelebihan pun daripada yang sedia di berikan kerajaan Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun menerajui pemerintahan negara.
Apa yang pasti Pakatan Pembangkang hanya sekadar mampu menawarkan janji-janji yang sekadar sedap mulut untuk diluahkan tetapi jika dikaji secara mendalam segala janji-janji yang ditabur adalh mustahil untuk direalisasikan.
Barisan Nasional sudah teruji dengan pelbagai suasana dan keadaan selama ini. Namun apa yang pasti rakyat tidak boleh menolak kerajaan Barisan Nasional mampu menanggani segala ujian yang memungkinkan seluruh umat yang mendiami negara tercinta bernama MALAYSIA ini menikmati pelbagai pembagunan, kekayaan, keselesaan, keharmonian dan yang paling berharga KEAMANAN,KESEJAHTERAAN,KEDAMAIAN DAN KEBAHAGIAAN hidup.
Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya tidak akan berhenti untuk mengajak rakyat menyokong hasrat dan cita-cita beliau untuk menjadi peneraju pemerintahan negara ini. Anwar akan terus mencipta mimpi dan fantasi-fantasi indah untuk ditawarkan kepada rakyat. Namun adalah diingatkan, FANTASI memang lebih indah dari REALITY, namun yang pasti REALITI TERLALU MAHAL UNTUK DIKORBANKAN HANYA KERANA MIMPI....!
Jangan sesekali kita dialpakan dengan janji dan ungkapan retorik Anwar dan kuncu-kuncunya.
Harga kesejahteraan yang dimiliki hari ini terlalu "mahal" untuk dikorbankan dengan illusi mimpi.
Sejarah juga telah membuktikan bahawa Anwar telah diuji menjadi pemimpin kita satu ketika dahulu. Menjadi timbalan perdana menteri dan menteri keewangan bukan calang-calang jawatan. Tetapi kalau lah Tun Mahathir ketika itu terikut dengan kemahuan dan pendekatan Anwar...Jahanam ekonomi negara kita pada masa itu.
Alhamdulillah dibukakan Hati Tun Mahathir ketika itu oleh Allah SWT untuk tidak tunduk dengan kemahuan Anwar dalam menanggani ekonomi. Akhirnya dengan kehendak Allah SWT juga kita seluruh rakyat diselamatkan ekonomi negara diketika negara-negara lain termasuk yang berjiran dengan kita spt Indonesia dan Thailand mengalami masaalah ekonomi yang kritikal.
Apa yang pasti, sesungguhnya Allah SWT amat meredhoi pimpinan kerajaan islam Malaysia dibawah UMNO ini. Sebab itu negara kita sentiasa mendapat perlindungan Allah daripada kemurkaan Allah SWT.
Kita harus membuka mata dan minda, selami dan dalamilah apa yang kita perolehi dan nikmati kurniaan Allah dengan apa yang diperolehi oleh umat lain dinegara-negar lain.
InsyaAllah, kita akan mendapat jawapan.
Hargailah nikmat Allah SWT yang ada dihadapan mata. Berterima kasih kepada pimpinan negara. Sayangi BANGSA, AGAMA, NEGARA DAN MASADEPAN ANAK CUCU KITA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan