BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Khamis, 16 Julai 2009

BUKTI UMNO SUDAH KEMBALI DITERIMA

SELEPAS KEPUTUSAN PRK MANIK URAI:

Sudah terbukti UMNO semakin hari semakin terus mendapat kepercayaan dan diterima kembali sebagai sebuah oraganisasi yang mampu membawa banyak faedah kepada seluruh rakyat khasnya orang melayu.
Keputusan=keputusa pilihanraya kecil satu demi satu membuktikan peningkatan peratusan undi malayu, Dan yang terakhir pilihanraya kcil Manik Urai,kelantan baru-baru ini. DUN Manik urai yang dikuasai pembangkang(PAS) dalam pilihanraya umum 2008 lalu hampir-hampir dirampas oleh BN yang diwakili calon UMNO.

Buktinya, dalam piliharaya umum 2008 PAS menang dengan majoriti melebihi 1300 undi, tetapi dalam pilihanraya kecil 2 3 hari lalu, PAS hanya menag dengan majoriti 65 undi.

Bukan sekadar itu sahaja, PAS semakin hari mula ditinggalkan penyokongnya akibat sikap pimpinan mereka yang lebih banyak berpolitik retorik, pemalsuan hujah, dan lari dari asas sebenar perjuangan asalnya. Bayangkan sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam selama ini sanggup bermusuhan dengan UMNO yang perjuangannya juga tidak pernah lari dari memartbatkan dan meninggikan Syiar Islam, dalam masa sama PAS lebih rela berbaik dengan Parti yang pemimpinnya secara jelas,terang dan nyata memusuhi Melayu dan Islam iaitu DAP. Buktinya, pemimpin DAP pernah mengeluarkan kenyataan "LANGKAH MAYAT SAYA DULU JIKA PAS MAHU MENUBUHKAN KERAJAAN ISLAM-Karpal Singh". Malah sehingga hari ini Karpal singh tidak pernah sesekali manarik balik kenyataan itu malah terus dengan pendirian beliau.

Oleh kerana itu, orang melayu dan islam mulai sedar siapa sebenarnya dan apa mahu sebenarnya Pemimpin PAS hari ini.. Maka mereka telah menolak PAS sedikit demi sedikit.

Di Manik Urai, kalau dalam pilihanraya Umum 2008 PAS Menguasai 4 daripada 5 kawasan peti undi dalam DUN tersebut, tetapi dalam pilihanraya kecil baru ini, UMNO/BN pula menguasai 4 daripada 5 kawasan peti undi dalam DUN tersebut. Cuma satu kawasan yang PAS menag itu agak besar sedikit bagi memungkinkan PAS melebihi 65 undi daripada BN. Secara total dan moralnya, UMNO/BN sudah memenangi hati rakyat manik urai walaupun tewas dalam pengundian. Kita percaya dengan kerja dan kesungguhan berterusan UMNO/BN dimasa mendatang ini, UMNO/BN akan mampu memperolehi kecemerlangan dalam pilihanraya kan datang.

Keputusan PRK Manik Urai juga membuktikan bahawa Rakyat percaya dengan kepimpinan dan pembawaan YAB.Dato' Seri Najib Tun Razak menerajui negara ini.Perubahan dan pembaharuan didalam konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh YAB.Dato' Ser Najib mula di selami dan difahami rakyat.

Pimpianan UMNO dan Barisan nasional di semua peringkat akan meneruskan khidmat tanpa henti terutama terhadap kesejahteraan dan kebajikan rakyat semu lapisan.
Inilah kekuatan UMNO dan Baisan Nasional selama ini. Satu Perjuangan yang tidak pernah berhenti demi kesejahteraan Rakyat.. Bukan retorok dan Mimpi indah yang dicipta pakatan pembangkang !!!

TAHNIAH UMNO dan TAHNIAH BARISAN NASIONAL..
TERUSKAN PERJUANGAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan