BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Isnin, 27 Julai 2009

PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN AYER HITAM 2009












Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam telah berjaya menyelesaikan tanggungjawabnya mengadakan persidangan Tahunannya pada 26 Julai 2009.

Persidangan yang diadakan di Dewan Muafakat Semarang, Parit Semarang itu buat julung kalinya diadakan pada sebelah malam.

Persidangan kali ini dirasmikan oleh EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Sdr. Lokman Noor Bin Adam.

Turut hadir dalam persidangan tersebut YB. Datuk Samsol Bari Bin Jamali, Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam.

Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Sdr. Fadil Bin Muskon dalam ucapannya mengatakan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian komited dan akan terus memastikan Pergerakan Pemuda bahagian bergerak untuk mendekati pemuda-pemuda dan warga muda bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional mencapai kecemerlangan kemenangan dalam pilihanraya akan datang. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada UMNO Bahagian dibawah pimpinan YB.Datuk SambolBari yang sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada pergerakan Pemuda.

Sdr. Fadil yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor berkata, Pergerakan Pemuda akan terus berusaha memastikan warga belia akan menyertai UMNO dan seterusnya gerakan untuk memastikan setiap pemuda melayu mendaftar sebagai pemilih bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional memenangi pilihanraya-pilihanraya yang akan datang.

Kekuatan 700.000 ahli pergerakan Pemuda tidak akan bermakna jika mereka tidak mendaftar sebagai pemilih. Sehubungan itu gerakan mendaftarkan mereka akan di laksanakan dengan berkesan.
Kesemua Ketua Pemuda cawangan=cawangan juga diminta memberikan komitmen dan usaha kuat bagi memastikan pemuda akar umbi dicawangan masing-masing didaftarkan sebagai pemilih.

Tahniah kepada Pergerakan Pemuda Bahagian dan semua perwakilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan