BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Ahad, 26 Julai 2009

PERSIDANGAN PUTERI UMNO BAHAGIAN AYER HITAM 2009

26/07/2009: Persidangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam telah diadakan pada pagi ini bertempat di dewan Muafakat Semarang, Parit Semarang, Ayer Hitam. Persidangan telah dirasmikan oleh YB.Datuk SamsolBari Bin Jamali, Ketua UMNO bahagian Ayer Hitam yang juga ADUN Semarang. Persidangan telah dihadiri seramai 78 perwakilan daripada 28 cawangan puteri dalam bahagian Ayer Hitam. SATU USUL TELAH DIBAHAS DAN DILULUSKAN : Usul Yang dibawa oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagan itu dibentangkan oleh Cik. Siti Ailieza Binti Ahmad, Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam. Usul tersebut berkaitan dengan draf cadangan pindaan Perlembagaan UMNO. Usul tersebut telah disokong oleh perwakilan daripada cawangan Parit Nipah Darat dan Parit Sonto diluluskan sebulat suara. Apa yang menarik perhatian dalam persidangan pagi ini adalah kepetahan seorang pensyarah muda dari Puteri cawangan Ayer Hitam. Ucapan yang bersahaja, jujur dan memberikan pandangan dan idea yang bernas daripada perwakilan muda ini membuktikan bahawa Puteri UMNO mampu melahirkan pemimpin-pemimpin muda yang berkerjaya profesional dan matang. Tahniah kepada semua perwakilan Puteri cawangan-cawangan dan pimpinan Puteri UMNO bahagian Ayer hitam dibawah pimpinan Cik.Nuriyati Md Ithnin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan