BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Jumaat, 24 Julai 2009

NIZAR MENYAYAH LAGI : Hadir Majlis Nyalakan Lilin mengenagkan kematian orang bukan islam.




Bekas Menteri Besar Perak dari PAS, Nizar Jamaludin sekali lagi buat hal yang memalukan.
Terbaru, beliau dengan muka tak malu dan rendah maruahnya telah hadir majlis memperingati kematian bekas pembantu EXCO Selangor yang ditemui mati dibawah bangunan pejabat SPRM Selangor. Beliau mati akibat jatuh dari tingkat 14 bangunan tersebut.

Apa yang menghampakan dan sesuatu yang memalukan, Nizar telah turut sama bertafakur dan menyalakan lilin (Seperti dalam gambar). Perbuatan Nizar telah mengundang kekesalan daripada ramai pihak termasuk daripada Ketua Dewan Ulamak PAS, Harun Taib sendiri.
Jelas sekali perbuatan Nizar amat memalukan apatah lagi beliau adalah salah seorang pemimpin parti PAS yang selama ini mendakwa berjuang berlandaskan syariat islam. Tetapi Nizar yang mula "menyayah" sejak hilang kuasa sebagai Menteri Besar Perak terus seperti orang hilang akal.
Inilah bahayanya bila seseorang yang kemaruk dengan kuasa sanggup mengenepikan hukum, tidak menggunakan kewarasan akal dan membuat sesuatu yang di luar dugaan.

Apa yang telah dilakukan oleh Nizar membuktikan beliau benar-benar tidak dapat menerima hakikat yang beliau sudah hilang kuasa.
Iyelah, dah duduk kerusi sedap, tiba-tiba kena ambik orang...gonjol terus..

Kita simapti dengan kegonjolan Nizar, tapi dalam masa sama kita tak boleh ikut perangai orang gonjol..

Masa mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen sesudah menang pilihanraya kecil di Perak baru-baru ini juga Nizar telah tanpa diduga melakukan perbuatan yang amat memalukan. Beliau menjerit-jerit macam orang hilang kewarasan di Parlimen.
Inilah yang perlu kita amati, bertapa pemimpin pembangkang ni sanggup melakukan perbuatan-perbuatan yang memalukan demi untuk kuasa sermata-mata. Rakyat Malaysia tidak mampu untuk menerima pemimpin seperti ini.
Kalau dah jadi wakil rakyat, yang bergelar Yang Berhormat (YB) tapi di parlimen perangai macam beruk, tak kan lah kita nak jadikan orang macam ni menteri dalam negara kita...
Buat malu Negara aje.

NIK AZIZ SOKONG NIZAR ?

Berita terbaru, Nik aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar kelantan mengeluarkan kenyataan menyebelahi tindakan Nizar.

Ni Lagi satu orang tua nyayok..
Tak abis-abis dengan "fatwa" bonggok dia.
Kalau dah nyanyok, berenti aje lah berpolitik.

Asal orang PAS semua betul, semua halal..
Nak salahkan sape...
Orang Tua Nyanyok ni takkan nak sedar diri selagi PAS masih percaya kat dia..
Gitulah PAS (Parti Ajaran Songsang)..!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan