BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Jumaat, 10 Julai 2009

PEMANSUHAN PPSMI

Tindakan kerajaan memansuhkan PPSMI dalam dasar pembelajaran negara yang telah berlalu sejak 6 tahun lalu tidak bermakna dasar tersebut sesuatu yang tidak baik.
Pemansuhan yang akan bermula menjelang 2012 itu dibuat selaras dengan dasar keterbukaan kerajaan mendengar pandangan dan suara semua pihak. Bukan semua pihak dan rakyat yang tidak bersetuju dengan sistem PPSMI, malah ramai yang berpendapat PPSMI amat baik untuk masadepan anak bangsa yang cemerlang dalam menerokai ilmu.
Pemansuhan PPSMI membuktikan kerajaan prihatiandan sedia mendengar dan menkaji secara mendalam setiap pandangan yang diberikan. Maka setelah dibuat kajian dan perincian yang mendalam akhirnya kerajaan memuktamadkan sistem pembelajaran PPSMI akan dimansuhkan. Ini tidak bermakna kerajaan menolak terus kepentingan Bahasa Inggeris dalam penerokaan bidang ilmu. Kerajaan tetap menganggap Bahasa Inggerisn tetap penting. Sehubungan itu kerajaan akan memastikan kaedah-kaedah terbaik bagi memastikan pelajar dan rakyat berupaya menguasai Bahasa Inggeris demi kecemerlangan anak bangsa dalam bidang pendidikan.

Dengan keputusan itu juga semua pihak sewajarnya berpuashati dan menyokong keputusan kerajaan. Dalam masa sama pihak-pihak yang kononnya memperjuangkan pemansuhan PPSMI terutama pembangkang jangan mendabik dada sebagai "JUARA" kononnya mereka lah yang memperjuangkan isu ini sehingga kerajaan tunduk dengan desakan berterusan mereka.

Keputusan pemansuhan dibuat hasil kajian terperinci dan maklumbalas semua pihak.
Maka semua pihak samaada yang menentang dan menyokong PPSMI memainkan peranan untuk mancari satu dasar yang terbaik demi masadepan anak bangsa.

Kepada pejuang-pejuang bahasa, jangan hanya pandai mengkritik dasar selepas ini. Mulai sekarang adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan Bahasa Melayu setaraf dengan bahasa-bahasa ilmu global. Jangan hanya pandai berkokok dinegara sendiri sebagai pejuang bahasa, tetapi bahasa yang diperjuangkan hanya setakat bahasa dalam kampong sendiri sahaja...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan