BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Rabu, 8 Julai 2009

UMNO Ayer Hitam Bantu Keluarga Miskin

UMNO Bahgian Ayer Hitam melalui Biro Kebajikan telah melaksanakan pelbagai program bagi membantu rakyat yang termasuk dalam kategori miskin diseluruh Bahagian Ayer Hitam.
Antara program yang telah dilaksanakan adalah program membantu mangsa-mangsa kebakaran dan ribut yang berlaku di dalam kawasan parlimen Ayer Hitam.
Begitu juga program ZIARAH KASIH terus diadakan dari masa kesemasa.
Baru-baru ini Program ZIARAH KASIH UMNO BAhagian telah di adakan di Zon Kangkar Baharu. Sebangyak 10 buah keluarga miskin telah dikunjungi melibatkan cawangan Ladang B2, Kangkar Baharu dan Ladang C.
Program yang mendapat restu daripada YB.Datuk SamsolBari Bin jamali yang juga Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam merupakan bukti bahawa UMNO sentiasa peka untuk mendekati semua gulungan masyarakat termasuk keluaga miskin dan warga Emas.
Dalam Program Ziarah Kasih di Zon Kangkar Baharu, YB.Datuk Samsol tidak dapat hadir kerana ada urusan saat akhir. namun Ibu YB Datuk turut sama dalam ziarah kasih tersebut. En.Kamal Hj Haron (Timbalan Ketua bahagian),En. Ismail Khiaron (Pengerusi Biro Kebajikan) dan jawatankuasa Biro Kebajikan UMNO Bahagian turut sama dalam program tersebut.
Ini Juga bukti UMNO bahagian Ayer Hitam tidak pernah sesekali mewujudkan garis pemisah antara DUN Semarang dan DUN Yong Peng dalam kawasan Parlimen Ayer Hitam.
Tahniah dan adalah diharapkann program tersebut akan dapat terus di adakan dari masa kesemasa.
Dalam masa sama juga UMNO CAWANGAN CAHAYA PUTERA merayu kepada mana-mana pihak yang berkemampuan agar dapat menyumbangkan sumbangan kepada Biro Kebajikan Tersebut terutama daripada rakan-rakan dalam pimpinan UMNO. Semoga bantuan kita sedikit sebanyak dapat membantu meringankan sdeikit bebanan warga miskin di sekeliling kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan