BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Selasa, 28 Julai 2009

PENEROKA GIGIH MENCARI MASADEPAN: Kebanyakkan bekas pekerja estet.















Peneroka tanah kerajaan di sebelah flcra Sungai Sepuluh, Paloh Kluang Johor berharap pihak kerajaan dapat meluluskan permohonan mereka untuk memiliki tanah.

Mereka yang kebanyakkannya adalah bekas pekerja estet sekitar Paloh berharap ada sesuatu yang mereka perolehi dan ditinggalkan untuk anak-cucu mereka.

Seorang pserta, En. Md Zan bekas pekerja ladang Paloh mendakwa, 2 ekar tanah yang mereka ushakan setiap seorang amat dihargai dan akan diusahakan sebaik mungkin agar anak-anak nya dapat ditinggalkan sesuatu.
Sebagi pekerja estet yang mengerah keringat dan peluh kepada ladang selama berpuluh tahun, tiada satu pun yang pihak majikan berikan sebagai ganjaran atas kudrat yang ditumpahkan kepada majikan. Kini harapan hanya terletak di tangan kerajaan. Simpati daripada kerajaan negeri amat diharapkan. Beliau yang ketika ini berusia 62 tahun berharap kerajaan negeri dibawah pimpinan yab.Datuk Abdul Ghani Othman perihatin terhadap harapan mereka semua.
Kerajaan Barisan NAsional memang diakui sebuah kerajan yang prihatin. Hanya 2 ekar setiap seorang menandakan kami tidak lokek dan ingin bersama nikmati rahmat kebajikan kerajaan.

Seorang peserta lagi, En. Samad Jantan yang juga bekas pekerja estet Bukit Paloh berharap kawasan itu akan dapat menjadi prerkampongan tersusun orang melayu satu hari nanti. InsyaAllah, jika kerajaan mengurniakan tanah ini, kami akan jadikan tanah ini sebuah perkampongan yang indah dan tersusun.

Seorang peserta lagi, yang dikenali dengan panggilan Wak saring berharap penerokaan tanah seluas 2 ekar setiap seorang ini dilluluskan kerajaan segera. Beliau yang berpuluh tahun bekerja sebagai buruh estet di Ladang Landak, paloh begitu teruja untuk menjadikan tanah seluas 2 ekar itu sesuatu yang berharga kurniaan kerajaan negeri. Beliau ingin membuat rumah disitu seandainya kerajaan meluluskan permohonan mereka. Beliau kini masih lagi tinggal tinggal di Ladang Landak menumpang bersama-anak yang bekerja diladang tersebut.

Kalau tak tinggal dirumah anak di ladang ini, saya nak tinggal dimana lagi, tapi sampai bila saya nak menumpang di estet ini, kata Wak Saring yang telah mencecah usia lebih 70 tahun.

Beginilah nasib Pekerja estet, walau berpuluh tahun mengerah kudrat untuk majikan, akhirnya mereka akan terbiar..siapa lagi kalau bukan kerajaan yang mampu memberikan harapan kepada mereka.
Kita percaya, kerajaan Barisan Nasional adalah sebuiah kerajaan yang adil lagi prihatin.

Kita berdoa agar usaha dan harapan peneroka=peneroka tersebut kan diberkati Allah dan segera mendapat kelulusan kerajaan. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan