BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Khamis, 16 Julai 2009

TAHNIAH KEPADA KETUA BAHAGIAN AYERHITAM



DILANTIK KETUA PENERANGAN UMNO JOHOR:

UMNO cawangan Cahaya Putera mengucapkan tahniah kepada YB. Datuk Samsol Bari bin Jamali, Ketua UMNO bahagian yang telah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor Oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Johor YAB Dato' abd Ghani Othman baru-baru ini.

Sesungguhnya dengan perlantikan ketua Bahagian kita ini membuktikan kepercayaan pimpinan UMNO negeri terhadap pimpinan UMNO bahagian kita.

Sebelum ini, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Ayer Hitam, Sdr. Mohd.Fadil Bin Muskon juga telah diberi kepercayaan oleh Pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO pusat yang telah melantik beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor.

UMNO cawangan Cahaya Putera mengajak sama-sama berkongsi kebanggaan ini dengan seluruh warga UMNO dalam Bahagian Ayer Hitam bersama-sama YB.Datuk dan pimpinan UMNO Bahagian bergerak terus bagi memastikan UMNO Bahagian akan terus kukuh,kuat dan mantap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan