BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Khamis, 16 Julai 2009

BUKTI UMNO/BN MULA DIBERI KEPERCAYAAN KEMBALI

SELEPAS PILIHARAYA KECIL MANIK URAI,KELANTAN:

Kemenangan PAS dalam Pilihanraya Kecil Manik Urai,Kelantan dengan majoriti kecil 65 undi 3 hari lalu berbanding kemenangan pada Pilihanraya Umum 2008 dengan majoriti lebih 1300 undi membuktikan UMNO/BN mula mendapat kepercayaan rakyat secara beransur-ansur.

UMNO/BN mungkin akan mampu memperolehi kemenangan jika ada satu atau 2 hari lagi tempoh sebelum pengundian.
Satu bukti PAS sudah mula ditolak oleh rakyat. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan kebijakan berfikir dapat mengimbangi yang mana betul dan yang mana hanya sekadar retorik dan mimpi indah yang dicipta tanpa bukti telah mulai sedar.
Kesilapan akibat dipesongkan dengan pemikiran dengan dakyah-dakyah palsu pakatan pembangkang telah pulih.

Dalam masa sama, keputusan memberangsangkan UMNO/BN di Manik Urai ini juga satu tanda dan bukti bahawa Rakyat memberi kepercayaan dan yakin dengan kepimpinan YAB.Dato' Seri Najin Tun Razak menerajui Negara dan Kerajaan. Pembaharuan dalam konsep 1 Malaysia pimpinan YAB Dato'Seri Najib diterima rakyat termasuk di Kelantan.

PAS juga harus sedar mereka sudah kehilangan kepercayaan yang bukan sedikit akibat sikap pemimpin mereka yang lebih mementing kuasa daripada kepentingan perjuangan asal yang di laungkan. Kalau dalam Pilihanraya Umum 2008 PAS menguasai 4 daripada 5 kawasan peti undi DUN Manik Urai, tetapi dalam pilihanraya kecil ini, UMNO yang menguasai 4 daripada 5 peti undi.
Moralnya, UMNO/BN telah memenangi majoriti kawasan-kawasan dalam DUN tersebut.
Haya kerana kelebihan undi agak besar disatu kawasan yang dikuasai PAS, maka nasib mereka baik mempunyai kelebihan 65 undi bagi memenangi kerusi DUN tersebut.

UMNO/BN tidak akan sesekali berundur dan membantutkan perjuangan untuk memajukan rakyat dan negara. Perjuangan UMNO/BN untuk kesejahteraan rakyat Malaysia keseluruhannya bukan retorik, bukan mimpi, tetapi adalah kenyataan yang tidak harus disangkal oleh mana-mana pihak.

Apa yang rakyat nikmati hari ini adalah usaha perjuangan UMNO dan Barisan Nasional. Selama ini Rakyat dan kerajaan telah sama-sama memikul kesusahan dan sama-sama menikmati kemewahan dan kesejahteraan. Rakyat tidak sesekali akan menggadaikan nikmat-nikmat ini hanya kerana mempercayai kata-kata pemimpin pembangkang ibarat mimpi indah tanpa bukti. Realitinya mereka pemimpin-pemimpin pembangkang hari ini berada dalam kemewahan dan bebas bersuara juga hasil perjuangan UMNO dan Barisan nasional yang adil dan telus.

Tahniah UMNO dan Barisan Nasional serta Rakyat Manik Urai...
KITA RAMPAS KERUSI MANIK URAI PADA PILIHANRAYA UMUM 13 NANTI...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan