BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Jumaat, 24 Julai 2009

JADIKAN BANDAR KECIL DIKAWASAN KAMPONG : Jailani Albi



Ketua UMNO Cawangan Kg.Parit Awang,Yong Peng mencadangkan agar kerajaan "mencipta" pekan-pekan kecil dikawasan kampong-kampong terpilih. Penyediaan kedai-kedai kedai sebagai pusat perniagaan diutamakan. Juga mewujudkan taman-taman perumahan kos rendah dan sederhana bagi generasi kedua atau golongan muda. Disamping itu di wujudkan pusat-pusat kemahiran kepada belia-belia yang lepas belajar.

Perlaksanaannya juga nesti dikawasan yang strategik dan berpotensi seperti berdekatan dengan sekolah.

Rasional kepada cadangan tersebut :-

1. Meminimakan penghijarahan gulungan belia dan remaja terutama yang kurang berjaya dalam pelajaran.

2. Mewujudkan kawasan kampong yang mampu memberikan sumber ekonomi kepada penduduk setempat.

3. Mengembalikan kegemilangan dan keceriaan kawasan perkampong yang dilihat mulai sepi dengan penghijrahan para belia dan remaja kebandar-bandar untuk mencari rezeki.

4. Dengan tumbuhnya pekan kecil dalam kampong, maka sudah pasti nilai harta tanah dikawasan yang didiami penduduk melayu akan meningkat.

Beliau berharap pihak kerajaan dapat mengkaji cadangan ini agar perlaksanaannya mampu memberikan pulangan yang maksima kepada orang kampong atau dalam ertikata lain kepada orang melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan