BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Khamis, 24 Februari 2011

TAHNIAH... Sdr. Roslan Datuk Ahmad Calun BN N27.Merlimau

(
(Jentera UMNO Bhg Ayer Hitam Mengangkat Sdr.Roslan Calun BN Merlimau)

Sdr. Roslan Bin Datuk Ahmad 44 Tahun dipilih sebagai calun Barisan Nasional bagi pilihanraya kecil N27 Merlimau semalam. Pengumuman nama calun telah diumumkan oleh YAB.Tan Sri Mahyuddin Md Yassin, Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Presiden UMNO.
Roslan yang berkelulusan Diploma pengurusan Perniagaan ITTAR merupakan calun muda telah diberikan mandat sebagai calun dan merupakan cqlun terbaik untuk memastikan kerusi DUN Merlimau kekal dimiliki BN.
Beliau adalah AJK UMNO bahagian Jasin dan telah dipersetujui dipilih setelah melalui penilaian dan perbincangan antara pimpinan UMNO Bahgian Jasin,perhubungan negeri dan pusat dan mendapat persetujuan Presiden UMNO kata Tan Sri mahyuddin.
Tahniah kepada Sdr. Roslan semoga beliau memberikan komitmen tinggi untuk berkerja menemui pengundi bagi memastikan kemenangan mutlak BN pada hari pengundian 6hb Mac nanti.

UMNO Cahaya Putera juga mengucapkan tahniah kepada jentera UMNO Bahagian Ayer Hitam yang diketuai Sdr.Abd Halid Saat,Setiausaha UMNO Bahagian yang turut sama memberikan sokongan moral kepada BN Melaka pada majlis menamakan calun semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan