BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Khamis, 24 Februari 2011

Persamian Persidangan berkelompok UMNO cawangan dalam Bahagian Ayer Hitam 27 Febuary 2011

Persidangan UMNO cawangan-cawangan dalam Bahagian Ayer Hitam secara berkelompok akan diadakan pada Ahad 27 Febuary 2011 ini di Dewan Sekolah menengah Dato' Menteri Ayer Hitam pada jam 3.00 petang.
Cawangan-cawangan UMNO dalam bahagian Ayer Hitam yang mempunyai 92 cawangan akan mula mengadakan persidangannya pada 1 Mac hingga 15 April sepertimana yg telah ditetapkan Majlis Tertinggi UMNO.
UMNO Bahagian Ayer Hitam amat berbesar hati dan berterima kasih kepada YB.Datuk Seri Ahmad Shabery Chik, Menteri Belia dan Sukan yang sudi untuk merasmikan persidangan berkelompok cawangan-cawangan pada ahad ini.

Kami mengalu-alukan kehadiran YB.Datuk Seri Ahmad Shabery dan mengalu=alukan kehadiran semua pimpinan UMNO cawangan-cawangan dalam Bahagian Ayer Hitam.

SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA CAWANGAN-CAWANGAN UMNO..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan