BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Jumaat, 25 Februari 2011

Calun Muda lagi Berwibawa BN menggerunkan PAS

UMNO menurunkan calun-calun muda lagi berwibawa dalam piliharanya kecil DUN Merlimau di Melaka dan DUN Kerdau di Pahang untuk Barisan Nasional mengekalkan kerusi-kerusi tersebut.
Tindakan UMNO yang memberikan peluang kepada golongan muda dan bewibawa membuktikan UMNO tidak ketandusan tokoh seprtimana yang berlaku di pihak lawan.
Kemenangan bergaya Datuk Azhar Ibrahim di DUN Tenang sebelum ini akan pasti diulangi di Merlimau dan Kerdau.
Barisan Nasional menampilkan Sdr. Roslan Datuk Ahmad, 44 Tahun.
Beliau hanya AJK UMNO Bahagian Jasin dipilih setelah nama-nama calun terbaik di Merlimau dipertimbangkan. UMNO membuat pilihan yang "TERBAIK" daripada kalangan yang baik. Inilah kelebihan yang dimiliki UMNO bagi menampilkan calun untuk bertanding.
Sdr.Roslan akan ditentang calun PAS Yuhaizat Abdullah,Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka.

Sementara di Kerdau, UMNO menampilkan Sdr. Tuan Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44 Tahun. BerLulusan Al-Azhar Mesir. Beliau adalah penasihat Agama kepada YAB.Menteri Besar Pahang. Tokoh yg berpendidikan tinggi Agama, muda dan berwibawa.
Ketokohan Syed Ibrahim memberikan tamparan kepada PAS yang pada awalnya ingin mempertaruhkan Pesuruhjaya PAS Pahang,Tuan Ibrahim Tuan Man. Namun PAS tidak rela mempertaruhkan Tuan Ibrahim untuk dikorbankan di Kerdau untuk berhadapan Calun BN Sdr.Syed Ibrahim bukan calang-calang pemimpin.
PAS mengambil keputusan menurunkan Hasanudin Salim, Ketua Penerangan PAS Pahang untuk dijadikan kambing hitam nya di Kerdau.

Kesimpulannya, Merlimau dan Kerdau akan menjadi satu lagi mimpi ngeri buat PAS yang sedang tenat akibat kecelaruan perjuangan mereka sendiri sejak bersekutu dengan DAP yang jelas anti islam dan melayu, inilah yang memualkan penyokong mereka sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan