BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Isnin, 15 Februari 2010

Tahniah kepada semua anggota Balai Polis Yong Peng

UMNO Cahaya Putera mengucapkan tahniah kepada semua anggota Balai Polis Yong Peng diatas penanugerahan yang diperolehi sebagai Balai Polis Terbaik peringkat Negeri Johor baru-baru ini.
Dengan terpilihnya sebagai balai terbaik, sudah tentu secara langsung bandar Yong Peng boleh diharapkan menjadi bandar yang selamat dan kurang kadar jenayahnya. Ini akan memberi satu harapan kepada penduduk dan pengunjung untuk sentiasa merasa selamat untuk tinggal atau berkunjung disini.
Yong Peng memang merupakan sebuah bandar yang sedang peat membangun, dengan anugerah ini sudah pasti ia menjadi satu lagi faktor pembangunan dan kerancakkan aktiviti ekonomi berjalan dengan baik. Manafaatnya sudah pasti dinukmati masyarakat berbilang kaum disini.
Tahniah kepada ketua balai Insektor Champin Piuh dan semua pegawai serta anggotanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan