BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Isnin, 1 Februari 2010

Ku Li buntu akal

Tindakan Ketua UMNO bahagian Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah yang sanggup berdiri dipentas anjuran Badan bertindak kembalikan royalti kelantan dan PAS adalh satu tindakan yang diluar pemikiran akal. Perbuatan yang kontra dengan pendirian kerajaan pusat ini menunjukkan Ku Li berada diposisi bertentangan dengan UMNO. Ini tindakan seorang pemimpin sudah tidak punya modal untuk membantu dirinya menjadi popular. Umum tahu Ku Li sudah jauh tertinggal kebelakang dalam arus perdana politik tanahair khususnya UMNO.

Jika dibandingkan dengan Tun Mahathir yang tidak memegang jawatan dalam UMNO di Bahagian sekalipun, Ku Li juah tertinggal di belakang.
Jadi bila dah mula tidak dipandang ibarat dah tak berapa laku, terpaksa menjual diri dengan harga yang murah.
Bercakap di pentas pembangkang akan menjadikan namanya kembali disebut.Itulah niat Ku Li agaknya.Malangnya namanya disebut sebagi orang yang tidak setia kepada UMNO.

Amat malang sebenarnya bagi Ku Li bertindak begitu. Disaat umur politiknya sudah berada di atap, beliau menjadikan dirinya dipandang rendah oleh ahli UMNO.
Sewajarnya, sejarah mengkhianati UMNO satu ketika dulu dibiarkan dibalut dengan akhiran yang baik setelah bersama UMNO. Tapi akibat kebuntuan akal, Ku Li mengambil jalan yang salah.
Malanglah orang yang bernama Ku Li...
Rasanya masih belum terlambat untuk Ku Li insaf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan