BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Khamis, 18 Februari 2010

SRJK (T) Yong Peng dapat RM 2 Juta.



Impian kaum india di Yong Peng untuk mendapat sebuah sekolah bau di bandar Yong Peng akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Kerajaan telah meluluskan peuntukan RM 2 Juta untuk tujuan tersebut.

Sebelum ini pelajar india kebanyakkannya bersekolah aliran tamil di SRJK Ladang Yong Peng yang terletak di dalam kawasan estet, tidak lama lagi mereka akan dapat bersekolah di bandar pula.
Majlis Penyampaian cek RM 2 Juta telah diadakan baru-baru ini di dewan orang ramai Yong Peng yang diserahkan oleh YB.Datuk S.Subramaniam, menteri sumber manusia.

UMNO yang diketuai YB.Datuk SamsolBari Jamali selaku pengerusi Barisan Nasional Ayer Hitam yang selama ini juga tidak pernah meminggirkan isu ini untuk direalisasikan turut hadir dalam majlis tersebut.
Sesungguhnya UMNO sentiasa menyokong setiap keperluan yang diperlukan rakyat tidak mengira kaum dan agama.
Tahniah kepada MIC dan kepimpinannya dan tahniah kepada Barisan nasional Ayer Hitam.
Apa yang diharapkan selepas ini kaum india akan terus menyokong kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan