BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Isnin, 15 Februari 2010

ANWAR,PKR menuju destinasi...

Penasihat PKR Anwar Ibrahim yang akhirnya dibicarakan juga atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful.
Usaha demi usaha yang tidak henti-henti dibuat oleh Anwar yang dibantu barisan peguambela yang (Konon) hebat untuk mengelak proses perbicaraan akhirnya gagal. Kini Anwar sedang berjalan menuju destinasinya ke penjara..
Parti PKR yang ditubuhkan Anwar juga tidak kurang panasnya sekarang. Seorang demi seorang pemimpinnya mula menjerit, tidak puashati dengan kepimpinan Anwar dan akhirnya keluar parti meninggalkan Anwar..
Parti tangkap muat ini sedang menuju destinasi juga..iasedang dikuburkan oleh pendokong sendiri.
Anwar begitu tertekan sekarang, sudahlah beliau sedang menghadapi proses perbicaraan yang amat ditakuti beliau, kawan-kawan seperjuangan pula meninggalkan beliau satu-persatu..

Itulah, akhirnya kebenaran akan ditunjukkan juga. Allah maha kaya lagi maha bijaksana.
Keadilan Allah tentu tidak boleh ditandingi oleh keadilan yang dicipta Anwar..

ANWAR... Lain kali jangan takut untuk bersumpah kerana ALLAH. Sebab yang takut itu hanya orang yang bersalah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan