BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Rabu, 19 Januari 2011

Tahniah.... Mohd Azhar Calon BN N05 Tenang....



Tahnian kepada Mohd Azhar Bin Ibrahim yang telah diumumkan sebagai calun Barisan nasional untuk pilihanraya kecil N05 Tenang pada 30 January ini.

Nama Mohd Azhar diumumkan olah YAB.Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis memperkenalkan calun BN di Labis petang tadi.

Mohd Azhar yang kini Penolong Pegawai Daerah (ADO) Rengit merupakan anak jati Tenang. Beliau tidak asing dikalangan penduduk tenang kerana beliau adalah anak kepada bekas seanator Allayarham Datuk Ibrahim.Beliau sebelum ini pernah menyandang jawatan sebagai Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Labis.
Dalam persidangan UMNO bahagian tahun 2008 beliau memperolehi undi tertinggi dalam pemilihan wakil UMNO bahagian ke perhimpunan Agong UMNO Malaysia.
Ini membuktikan Mohd Azhar adalah tokoh muda yang diterima baik dan dikenali di kalangan pemimpin UMNO cawangan-cawangan di Labis.
Sudah pasti Beliau akan mudah memberikan khidmat kepada rakyat di Labis khususnya di DUN Tenang kelak.

Mohd Azhar juga merupakan tokoh berpendidikan tinggi. Beliau mempunyai Diploma dari UITM danIjazah Sain Politik dari universiti di Amerika Syarikat.

Pemilihan beliau sebagai calun BN di tenang adalah pilihan yang tepat dan memenuhi kriteria seperti yang kita harapkan.
Semoga Beliau akan bekerja kuat memberikan khidmat di DUN Tenang kelak apabila memenangi pilihanraya kecil nanti.
Tahniah...Hidup UMNO...Hidup Barisan Nasional...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan