BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Isnin, 3 Januari 2011

Program Kembali ke sekolah KBBT Yong Peng



Tahniah kepada kelab Penyokong Barisan Nasional dan KBBT Yong Peng yang telah mengadakan program Kembali Ke Sekolah pada 2 January 2011 di Pusat Kegiatan KBBT Yong Peng.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YB.Datuk Dr.Ir. Wee Ka Siong Ahli Parlimen Ayer Hitam yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Seramai 30 pelajar daripda kaum india yang kurang berkemampuan telah menerima sumbangan berupa pakaian sekolah termasuk kasut Sekolah.

Turut hadir pada Majlis itu adalah YB.Lim Kee Moi, ADUN kawasan Yong Peng dan En.Halid Saat, Setiausaha UMNO Bahagian Ayer Hitam yang juga Setiausaha Barisan Nasional Parlimen Ayer Hitam. Kehadiran pemimpin kalangan UMNO dan MCA membuktikan bahawa semangat setiakawan antara kaum di kawasan Parlimen Ayer Hitam amat ampuh dan kukuh.

Sekalung tahniah kepada En Vimalanadan selaku pengerusi Kelab Penyokong BN dan En,Krishna Mohan, Pengerusi KBBT Yong Peng yang bergabung tenaga menjayakan program rakyat seperti ini.
Gabungan dan kerjasama erat seperti inilah yang mampu memperlihatkan kekuatan kepada masyarakat india dan seharusnya menjadi contoh kepada pemimpin kaum india khasnya dan kaum-kaum lain agar kekuatan Barisan Nasional akan terserlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan