BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Selasa, 25 Mei 2010

S Vell Paari jangan biadap !.. SEGERA MINTA MAAF PADA UMNO !!

Anak Presiden MIC jangan nak bersikap biadap dengan menuduh UMNO sebagai penyebab kemerosotan pencapaian Barisan Nasional dalam pilihanraya umum 2008 lalu.
Tuduhan yang dilemparkan ini hanya dibuat setelah kemunculan puak-puak dalam MIC yang sudah berani mempertikaikan secara terbuka kehendak mereka agar Datuk Seri S.Samy Velu meletakkan jawatan segera.

Kehendak ahli-ahli MIC ini sebenarnya bukan perkara baru, ia sebenarnya telah lama berlaku sebelum pilihanraya umum 2008 lagi. Vall Paari jangan cuba menafikan kenyataan ini. Jangan perasan lah yang anda mendapat sokongan akar umbi daripada kaum India.
Kita tahu,..Tapi UMNO tidak pernah mahu untuk campur tangan dalam urusan dalaman parti komponen lain termasuklah MIC.
Tuduhan keterlaluan hingga menganggap UMNO sebagai dalang membunuh politik Samy Vellu adalah keterlaluan.

Hei Vall Paari, orang india sudah lama muak dengan lu punya bapak laa, tapi UMNO jugak yang backing terus lu punya bapak.
Samy Vellu ada ka, tak ada ke UMNO apa peduli. Takde pasal lah mahu campur MIC punya urusan.
Lagi satu, Vall Paari kena sedar, dia sendiri pun bukan mudah untuk diterima oleh kaum india.Jangan perasan lu macam bagus saja..
Cermin lu punya muka dulu la Vall Paari !

Jangan mahu tunjuk kurang ajar.. Kalau lu ingat lu banyak penyokong dan boleh tuduh UMNO sukahati lu..LU KELUAR DARI BN !!!

Kita nak tengok berapa orang ikut Vall Paari...

Tuduhan Vall Paari yang sudah melampaui batas sebagai rakan ini tidak boleh diterima samasekali dan menuntut Vall Paari segera meminta maaf kepada UMNO atau dia boleh ajak penyokong dia keluar MIC atau parti MIC sendiri keluar BN..
Ramai lagi orang india di Malaysia ini yang sedar dan tahu hakikat bahawa UMNO selama ini telah memberikan segala ruang dan peluang yang tidak mungkin dapat diperolehi kaum india di mana-mana negara lain dalam dunia ini..

ITU ADALAH HAKIKAT DAN REALITY.....
Belajar lah hidup dibumi yang Nyata wahai Vall Paari...

Poooraah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan