BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Isnin, 10 Mei 2010

Konsep 1 Malaysia jangan di ragui.




Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak tidak harus diragui apatah lagi dikelirukan.

Masyarakat harus sedar bahawa matlamat Perdana Menteri yang memperkenalkan konsep itu adalh semata-mata untuk memastikan rakyat berbilang kaum di negara ini mengekalkan perpaduan,keharmonian,kemakmuran sedia ada di negara ini.

Perkara ini dijelaskan oleh Sdr. Abd Halid Saat, Pegawai Hal Ehwal Khas (JASA) parlimen Ayer Hitam semasa membentangkan kertas kerja dalam seminar Keluarga Bahagia anjuran KEMAS Bahagian Pulai baru-baru ini.

Abd Halid menginggatkan kepada peserta bahawa ada pihak yang amat mencemburui konsep 1 Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri ini, dan mereka membuat pelbagai tohmahan malah tuduhan liar yang menyamakan 1 Malaysia sebagai ciplakan konsep 1 Israel. Perbuatan ini amat keterlaluan dan berniat jahat. Maka menjadi tanggungjawab setiap individu rakyat Malaysia mempertahankan konsep yang jelas mendahulukan rakyat bagi m pmencapai kegemilangan.
Sesuailah dengan temanya "1 Malaysia. Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan",ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan