BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Khamis, 27 Mei 2010

JAMUAN MESRA 1 MALAYSIA - Kemuncak Program JUARA RAKYAT UMNO Zon Kangkar Baharu

UMNO Cawangan-cawangan dalam Zon kangkar Baharu dalam Bahagian ayer Hitam akan mengadakan majlis JAMUAN MESRA 1 MALAYSIA sebagai acara kemuncak Program-Program Juara Rakyat yang telah dijalankan sebelum ini.

Majlis itu akan berlangsung pada 29 Mei 2010 (Sabtu)jam 9.00 Malam di perkarangan Balairaya Kampong Melayu Kangkar baharu, Yong Peng.
Majlis akan dirasmikan olah YB. Datuk Samsol Bari Bin Jamali, Ketua UMNO bahagian Ayer Hitam yang juga ADUN Semarang.

Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah YB Ahli Parlimen Ayer Hitam yang juga Timbalan Menteri pelajaran Datuk Dr. Wee Ka Siong dan ADUN Yong Peng, Puan Lim Kee Mooi.

Selain Jamuan, pelbagai acara sampingan daiadakan termasuk Pendaftaran Keahlian UMNO dan SPR, Penyampain anugerah Tokoh-tokoh Veteren UMNO cawangan-cawangan dalam Zon Kangkar Baharu,Penyampaian hadiah-hadiah pertandingan Bolasepak.Sepak Takraw, Bolajaring,karnival masakan dan gubahan.
Turut mengisi program tersebut diadakan acara Cabutan bertuah dan karaOke suka-suka.

1 ulasan: