BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Khamis, 14 Januari 2010

Ziarah Kasih UMNO Bahagian Ayer Hitam di kampong Temehel Yong Peng.












Biro Kebajikan UMNO Bahagian Ayer Hitam tidak pernah sunyi daripada terus mengadakan progran kebajikannya. Terbaru, Biro Kebajikan mengadakan program Ziarah Kasih di kawasan Kampong Temehel Yong Peng pada 14 januari 2010.
Kehadiran Rombongan UMNO Bahagian disambut oleh Ketua UMNO cawangan Kampong Temehel Tn.Hj Omar Kaniman dan Ketua Kampong Tn.Hj Abdullah Ahmad memulakan lawatan ziarah pada pukul 3.30 petang dan berakhir jam 6.00 petang telah melawat 11 keluarga yang terdiri daripada keluarga miskin,warga tua dan kurang upaya.
Mereka-mereka ialah keluarga Puan Zainon Maarof,En.Mamood, Hj Jawahir,Puan Kalsom Arpan, En.Idris Rafaie, Pn.Latifah, Pn.Saemah Ali, Hjh Kamariah,Pn.Saniah Mawi,Pn.Hjh Salmi dan En. Mohd Isa.

Rombongan UMNO Bahagian yang hadir diketuai Pengerusi Biro Kebajikan Tn.Hj Ismail Hairon. Turut hadir sama Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Ayer Hitam Pn.Hjh Rahemah Ideris, Setiausaha UMNO Bahagian En,Abd Halid Saat,Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tn.Hj Tamyis Abd Rashid, Tn.Hj Akhpah Abd Hamid,En.Zainudin Mohidin, En.Hairadin Masran beserta dengan beberapa AJK Wanita dan Pemuda UMNO bahagian Ayer Hitam. Turut sama hadir mengikuti ziarah kasih Penghulu Mukim 17 Tn.Hj Mohamad Salleh dan Penghulu Mukim 7 Tok Penghulu Selamat.

Tahniah kepada Biro Kebajikan UMNO Bahagian dan adalah diharapkan program seumpama ini bukan setakat dapat membantu dan mengenalpasti masaalah rakyat yang memerlukan bantuan, malah akan dapat mengeratkan dan mendekatkan pimpinan UMNO bahagian dengan masyarakat akar umbi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan