BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Isnin, 11 Januari 2010

Perbuatan Membakar Gereja: Kesabaran Umat Islam Ada Batas Kesabaran

Perbuatan dan cubaan membakar beberapa buah gereja yang berlaku menunjukkan segelintir umat melayu dan islam di negara ini yang selama ini terkenal dengan sifat bersabar dan mengamalkan sikap bertolak ansur telah mula melepasi tahap kesabaran apabila nama ALLAH cuba dijadikan bahan untuk diperdagangkan untuk kepentingan pihak yang tidak sepatutnya.

Selama ini banyak perbuatan dan kenyataan pihak-pihak yang tertentu terutama yang berkepentingan politik melukakan hati dan perasaan umat melayu dan islam. Bermula dengan perbuatan biadap dengan merendahkan martabat institusi raja-raja, selepas itu isu ketuanan melayu, disambung dengan kenyataan mempertikaikan peruntukan membina masjid dan surau, kini nama ALLAH pula sudah mahu diperdagangkan untuk kepentingan penganut agam yang tidak berhak langsung terhadapnya.

Walaupun isu itu telah diputuskan oleh mahkamah namun keputusan itu jauh tersasar daripada yang sepatutnya. Samaada ianya satu kesilapan mahupun ia sengaja di putuskan untuk menguris dan melukakan hati dan perasaan umat melayu dan islam,ia sememangnya tidak boleh diterima langsung.

Kalau diikut hukum akal orang yang waras ia satu penghinaan kepada agama islam kecuali ia diputuskan oleh orang yang berakal tidak siuman. Manakan tidak, adakah wajar gulungan yang tidak mempercayai ALLAH mahu mengguna pakai nama ALLAH ?.. Dan kalau mereka percaya kepada ALLAH, mengapa perlu ia dibawa kemahkamah ?. Bukan kah elok puak-puak ini terus mengucap dua kalimah shahadah dan memeluk agama islam dan beriman kepada ALLAH ?!!

Nah... Natijahnya apa yang telah terjadi ?
Benar, umat Melayu dan islam di negara Malaysia ini amat bertolak ansur dan mempinyai sikap yang amat baik bersandarkan prinsip umat islam adalah semulia-mulia umat. Tetapi batas kesabaran umat islam di Malaysia juga ada batas garisan. Kalau tidak semua, tidak mustahil segelintir daripadanya akan bertindak sepertimana yang berlaku keatas beberapa gereja.
Itu pun dikira masih baik kerana ia dilakukan sekadar untuk menunjukkan amaran bahawa umat melayu dan islam benar-benar sudah terluka. Mereka yang melakukan perbuatan itu tidak menyerang atau membuat perkara tersebut ketika bagunan tersebut tidak ada penghuninya.

Secara umum kita juga tidak bersetuju tindakan itu, dan perbuatan itu harus dihentikan. Namun adalh diharapkan juga pihak yang bertentangan jangan pula cuba bertindak balas. Jika ada tindak balas nescaya keadaan akan bertambah buruk dan kesannya amat merbahaya.

Sehubungan itu, semua pihak harus bertenang dan kita berharap Majlis Raja-Raja menggunakan kuasa yang ada bagi memuktamadkan isu ini.
ALLAH adalah tuhan mutlak kepada umat Islam,maka tiada sebab puak lain untuk menggunakannya untuk kepentingan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan