BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Khamis, 14 Januari 2010

TUN MOTOR : Satu-satunya kedai motosikal milik Melayu di Bandar Yong Peng


TUN MOTOR, premis kedai menjual dan membaiki motosikal yang terletak di Jalan Labis Yong Peng berhadapan dengan pejabat Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) adalah satu-satunya premis motosikal milik Melayu di Bandar Yong Peng.
Premis yang dibuka setahun lalu menjual motosikal keluaran STAR iaitu motosikal pelbagai jenis dan antara motosikal yang menawarkan harga rendah berbanding motosikal-motosikal keluaran lain.

Pemilik TUN MOTOR adalah En.Tun Zahari Bin Omar yang merupakan salah seorang pemimpin masyarakat di bandar ini. Beliau merupakan Ketua UMNO cawangan Seri Bertam dan juga AJK UMNO Bahagian Ayer Hitam.

Kepada rakan-rakan yang mempunyai hasrat untuk membeli motosikal untuk kegunaan sendiri atau ahli keluarga, bolehlah berusaha mendapatkan motosikal di TUN MOTOR. Disamping memiliki motosikal, kita mungkin dapat membantu memajukan saudara kita ini untuk terus maju dalam bidang penjualan motosikal ini.

Untuk mendapatkan perkhidmatan dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi terus Encik Tun Zahari Omar di talian 019-7183511 atau datang terus ke TUN MOTOR di Yong Peng.

Selamat maju Jaya kepada TUN MOTOR sempena satu tahun pembukaan nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan