BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Sabtu, 21 April 2012

SIME DARBY (GLC) MENGHALANG PROGRAM BARISAN NASIONAL DI LADANG MEREKA ???



Tindakan Pengurus Ladang Yong Peng , ladang milik syarikat gergasi negara bertaraf GLC iaitu SIME DARBY amat mengecewakan pekerja-pekerja ladang yang kebanyakkannya ahli UMNO.
Program yang diatur KEMAS khusus untuk DM Daerah Mengundi Ladang Yong Peng berbentuk program kesihatan dan sukaneka.
Apa yang mengecewakan sejak kedatangan pengurus ini Mr. Ho Far Nan bertugas diladang ini bermacam perkara dan tindakan dibuat menyakitkan hati pekerja ladang terutama yang melibatkan aktiviti UMNO dan Barisan Nasional.
Sebelum ini tiada masaalah yg besar dan menyulitkan dilakukan oleh pengurus-pengurus sebelum ini malah kebanyakkan pengurus terdahulu tidak ada masaalah untuk memberikan keizinan untuk mengadakan aktiviti dan memberikan kerjasama.
Ladang Yong Peng mempunyai 2 Daerah mengundi dalam Parlimen P148 Ayer Hitam:

1. DM 148/04/19 Ladang Yong Peng Bahagian B. (lebih 500 pengundi)
2. DM 148/11/19 Ladang Yong Peng. (883 pengundi)

Kedua-dua DM ini merupakan kubu kuat BN dalam setiap pilihanraya. DM 148/11/19 Ladang Yong Peng umpanya setiap kali pilhanraya mencecah kemenangan 90% memihak kpd BN.

Terdapat 4 cawangan UMNO dalam ladang Yong Peng :

1. UMNO cawngan Ladang Yong Peng B
2. UMNO cawngan B2 Division Ladang Yong Peng.
( Keduanya di DM 148/04/19 Ladang Yong Peng Bahagian B )

3. UMNO Cawngan Cahaya Putera- Ladang A.
4. UMNO Cawngan C Division Ladang Yong Peng
( Keduanya di DM 148/11/19 Ladang Yong Peng )

Apa yang mengecewakan adalah ADUN Yong Peng yang diwakili MCA bersetuju program dibatalkan...??
KITA TOLONG WAKIL RAKYAT HABIS-HABISAN BAGI MEMASTIKAN MEREKA MENANG PILIHANRAYA TERDAGULU..
KITA MASIH TERUS BANTU WAKIL RAKYAT BAGI MEMASTIKAN BN AKAN MENDAPAT KEMENANGAN BESAR DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG. MALAH JENTERA PILIHARYA DM INI TELAH BERIKRAR AKAN BERIKAN KEMENANGAN MELEPASI ANGKA 90% DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG.. INI IKRAR DAN JANJI YANG TELAH DIBUAT DALAM MESYUARAT DAERAH MENGUNDI... SOALNYA..TIADA NILAI DAN HARGA KAH UNDI ORANG LADANG...???!!

UMNO sudah wujud di Ladang Yong Peng sejak lebih 40 tahun di sini kini diperlakukan seperti menyamakan ahli UMNO di sini setaraf pekerja Asing ???
Wakil Rakyat yang diberikan mandat untuk membela rakyat MENGALAH dengan masaalah sekecil ini...???

Ahli UMNO cawangan-cawangan dalam Ladang amat kecewa. Kita tak minta jalan berturap,dewan,masjid,balairaya dari kerajaan seperti rakyat negara ini di kawasan lain seperti di kampong=kampong.
Hanya sesekali kita nak buat program Wakil Rakyat GAGAL untuk membela pengundi ??

Kalau inilah sikap wakil rakyat...kita tunggu natijahnya dalam pilihanraya nanti.. Wakil rakyat seolah tidak menghargai lebih seribu pengundi di kawasan Ladang hanya kerana pengurus Ladang ini sebangsa dengan beliau.

Atau Adakah memang semua pengurus ladang milik SIME DARBY DIARAH MENGHALANG PROGRAM BARISAN NASIONAL DI LADANG MEREKA ???

Sudah banyak perlakuan biadap dan kurang ajar pengurus ladang ini terhadap pekerjanya sejak beliau bertugas disini :

1. Menggali parit besar laluan motosikal di sempadan antara tanah ladang (ladang Yong peng A divison) dan kebun persendirian walhal laluan motosikal itu adalah laluan sejak berpuluh tahun lalu memudahkan pekerja ladang ke pekan Yong Peng tidak melalui jalanraya memandangkan 90 peratus pekerja ladang adalah warga miskin yg tidak mempunyai lesen kenderaan. Laluan itu memudahkan pekerja untuk ke pekan Yong peng bagi berbelanja dan mengambil gaji di bank dan mengelak risiko kemalangan dan di saman polis.
2. Menghalang menggunakan dewan orang ramai untuk persidangan Tahunan UMNO cawangan (Ladang A Diivision) pada tahun lalu.
3. Membuat penghalang laluan keluar masuk dengan palang besi bagi sehingga kereta pun tidak boleh lalui di jalan utama keluar masuk Penduduk kampong Baru B2. Sedangkan penduduk kampong baru tersebut adalah peneroka tanah kerajaan di pinggir ladang yang sebelum bersara menumpahkan keringat bekerja di Ladang tersebut sehingga pencen. Keadaan ini meyukarkan penduduk kampong terutama bila ada kes-kes kecemasan.
4. Mengeluarkan arahan termasuk kepada rakyat Malaysia bekerja pada hari CUTI UMUM yang diistiharkan oleh Perdana Menteri... Contohnya baru-baru ini pekerja diarah bekerja Pada hari Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Satu tindakan yang biadap dan tidak menghormati Yang DiPertuan Agong selaku Ketua negara Malaysia yang berdaulat.

UMNO cawangan Cahaya Putera mewakil semua ahli UMNO yang tinggal di Ladang ini mahu pengurus Ladang ini di TUKARkan atau di TAMATkan khidmatnya daripada syarikat. lagipun Pengurus yg dilihat seakan memusuhi UMNO/BN ini diketahui dah pencen tapi di sambung khidmat oleh syarikat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan