BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Ahad, 9 Oktober 2011

"Saya tidak Mahu BN hanya disokong gulungan miskin,orang kampong, Petani dan Nelayan sahaja..." - PM Dato' Seri Najib Tun Razak


Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak mahu Barisan Nasional hanya di sokong oleh gulungan bawahan, orang miskin, petani, nelayan, orang kampong sahaja. Barisan Nasional harus disokong oleh semua gulungan masyarakat termasuk orang-orang bandar gulungan elit dan pelbagai lapisan masyarakat.
Beliau berkata demikian di majlis Penerangan Perdana di hadapan 8000 penyokong Barisan Nasional Wilayah Persekutuan.

Kenyataan PM itu seharusnya menjadi titik penjana minda kepada orang bandar terutama di Kuala Lumpur. Buktikan dalam PRU 13 nanti Kuala Lumpur akan kembali berubah dengan kemenangan akan memihak kepada Barisan Nasional.
Adakah harapan itu mustahil..??
Terpulang kepada orang Kuala Lumpur...
Tepuk dada tanya hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan