BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Sabtu, 14 Mei 2011

Terharu Perjumpaan kali Pertama ahli UUBM dihadiri veteran UMNO








Terharu bercampur gembira hingga menggamit semangat yang makin berkobar bila buat kali pertama pertemuan ahli group FB UMNO UNTUK BUMI MALAYSIA -UUBM turut sama di hadiri veteran-veteran UMNO.
Kehadiran Mama Zainab Bendahari Veteran UMNO Malaysia yang hadir dari Perak,Memanda Wazir dan Ibu Napsiah (Naib Pengerusi Veteran UMNO Selangor memberikan satu inspirasi baru kepada semua pejuang maya dalam group UUBM untuk terus berjuang di alam maya bagi kesinambungan perjuangan UMNO.

Sesungguhnya saya mat terharu dan kerana dalam masa sama juga Srikandi pejuang Maya dan wakil anak muda juga turut hadir dalam perjumpaan yang diadakan di tingkat 38 PWTC tersebut.

Semoga perjumpaan ini akan memberikan satu suntikan semangat kepada rakan-rakan di UUBM semua dalam meneruskan perjuangan. Walaupun mereka kebanyakkannya buka terdiri daripada kalangan pemimpin atasan mahupun akar umbi UMNO, tetapi ia sepatutnya menjadi kebanggaan kepada UMNO sendiri yang mana mereka ini juga berjuang dengan matlamat sama ntuk memastikan kuasa yang berada digenggaman ini terus utuh dan kekal dalam genggaman bangsa Melayu.

Tahniah kepada yang hadir dan semoga satu lagi perjumpaan yang lebih besar dapat dibuat kelak..insyaAllah..

Kepada pemimpin UMNO semua..berilah semangat dan bantuan kepada kami untuk bersama-sama berjuang untuk bangsa. Lihatlah kami dan pimpin lah kami.

Suara kami adalah seiring dengan suara perjuangan UMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan