BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Khamis, 16 Julai 2009

YB Lim Kee Moi Gigih dampingi masyarakat


ADUN Yong Peng, YB Lim Kee Moi adalah seorang wakil rakyat yang benar-benar berusaha untuk mendampingi pengundi dan masyarakat. UMNO cahaya Putera berpendapat, beliau sejak diberi kepercayaan oleh pimpianan Barisan Nasional untuk bertanding pilihanraya begitu gigih dan sentiasa berusaha mendekati masyarakat.

Dalam kontek membahagikan peruntukan juga, beliau dilihat ingin bersikap adil dengan meluluskan peruntukan kepada semua cawangan-cawangan UMNO dalam Dewan Undangan Negeri Yong Peng. Walaupun kita maklum peruntukan sebagai ADUN agak terbatas, namun kesungguhan untuk bersikap adil itu yang menjadikan kita tidak boleh menidakkan usaha dan komitmen beliau terhadap rakyat.

Harapan UMNO cahaya Putera kepada beliau agar teruskan usaha tersebut dan perbaiki kaedah dengan lebih banyak berhubung dan mendekati ketua-ketua UMNO cawangan-cawangan. Dalam masa sama juga, UMNO Cahaya Putera berharap agar YB dapat menambah lebih sedikit peruntukan kepada UMNO cawangan yang mewakili komuti melayu. Kaedah pembahagian peruntukan juga boleh diperbaiki dengan memberikan peruntukan lebih sedikit kepada cawangan-cawangan yang mempunyai ahli yang ramai dan cawangan yang aktif menganjurka aktiviti.

Apapun, Tahniah kepada YB..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan