BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Rabu, 22 Julai 2009

SUKAN KELAB KOMUNITI DUN SEMARANG

Karnival sukan kelab-kelab sukan komuniti DUN Semarang telah diadakan pada Ahad 19 Julai 2009.
Sebanyak 4 acara sukan dipertandingkan iaitu Bolasepak tujuh sebelah, Bola jaring, Sepaktakraw dan Bolatampar di dijalankan di empat venue berasingan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Semarang.
Acara Bola sepak disertai sebanyak 19 pasukan dan pertandingan dilangsungkan di padang Sek.Keb. Seri Bandan.

Acara BolaJaring pula melibatkan 11 pasukan yang bertanding. Pertandingan BolaJaring dilangsungkan di Padang Sek.Keb. Seri Bunut.

Bagi Acara Sepaktakraw, sebanyak 17 penyertaan diterima dan pertandingan dijalankan di Gelanggang BALORA Taman Suria, Ayer Hitam.

Manakala acara BolaTampar yang melibatkan penyertaan 7 pasukan dilangsungkan juga di Sek.Keb. Seri bandan.

Pertandingan yang dijalankan serentak mulai jam 9.00 pagi berlangsung meriah dan dirasmikan oleh YB.Datuk SamsolBari Bin Jamali, ADUN Semarang yang juga Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam.

TAHNIAH diucapkan kepada pemenang-pemenang !!!

BOLA SEPAK : JOHAN : Pasukan Seri Bandan. NIB JOHAN : Pasukan Parit Surau.
BOLAJARING : JOHAN : Pasukan Naza Seri Paya. NAIB JOHAN : Seri Bandan.
SEPAKTAKRAW: JOHAN : Pasukan Kelab Sukan Polis Ayer Hitam. NAIB JOHAN : Taman Manis.
BOLATAMPAR : JOHAN : Pasukan Seri Bandan. NAIB JOHAN : Taman Manis.

Pasukan Kelab Sukan Seri Bandan menjadi JUARA KESELURUHAN sukan tersebut..
TAHNIAH kepada semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan