BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Isnin, 27 Julai 2009

PAS mengikut telunjuk DAP bukan merujuk Al-Quran.


Hakikat Parti PAS yang selama ini mendakwa menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan perjuangannya sudah tidak lagi boleh di banggakan oleh pengikut dan penyokongnya.

Ini kerana setelah mengetuai beberapa pemerintahan kerajaan negeri selepas pilihanraya umum 2008 lalu, PAS lebih banyak tunduk dan mengikut telunjuk parti DAP. Tiada yang boleh dibanggakan lagi, setiap kali pemimpin mereka membuat kenyataan jika disangkal oleh pemimpin DAP, segera pemimpin PAS akan mengubah nada kenyataan mereka.
PAS terlalu takut dengan kelantangan pemimpin DAP terutama KARPAL SINGH dan LIM KIT SIANG.
Kita semua tahu, Karpal Singh tidak pernah berundur selangkahpun dengan prinsipnya menolak sebuah negara islam di Malaysia. Ini bermaksud Karpal tidak sekali-kali akan merestui perjuangan PAS untuk membentuk sebuah pemerintahan Islam sepertimana yang dilaung-laungkan PAS selama ini.
Jadi, bagaimana mungkin perjuangan asal PAS ini dapat terlaksana kalau mereka sanggup bekerjasama dengan DAP ?. Parti yang jelas menolak islam.

Lebih teruk lagi PAS yang mengatakan tidak mahu bekerjasama dengan UMNO memilih DAP sebagai rakan perjuangan. Satu keputusan yang bertentangan dengan kehendak islam itu sendiri.
Sepatutnya PAS terutama pemimpinnya mencari jalan berusaha bagaimana untuk bekerjasama dengan UMNO yang selama ini berjuang memungkinkan agama islam berada dipuncak perjuangan. Kepentingan islam terletak dipuncak perjuangan UMNO. Mengapa PAS tidak mahu bekerjasama dengan UMNO. Selama ini hukum Al-Quran dijadikan alasan untuk tidak mahu bersama UMNO sedangkan UMNO adalah sebuah parti dominan bangsa melayu dan orang islam, tetapi kini PAS sanggup bekerjasama denga DAP yang terang-terangan menolak islam.

Orang melayu terutama penyokong PAS seharusnya memikirkan apa sebenarnya tujuan dan matlamat pemimpin yang mereka sanjung selama ini.
Masih belum terlambat untuk semua penyokong PAS untuk berubah sikap dan berfikir secara rasional. Wajarkah mereka terus menyokong PAS yang bersekutu dengan DAP yang menolak Islam secara terang-terangan.
Penyokong PAS dipelawa dengan tangan terbuka parti UMNO, sertai UMNO dan sokong perjuangan UMNO yang membela bangsa Agama Islam.

Kita lihatlah, kurang apa yang UMNO buat untuk bangsa Melayu dan Agama islam.
Bercakap tentang islam masih kurangkah perjuangan UMNO kepada ketinggian martabat agama islam selama ini?.
Apa yang UMNO tidak buat dan kurang islam?
Universiti Islam AntaraBangsa UIA,
Pusat Islam,
Jabatan ASgama Islam,
Universiti Sains Islam Malaysia USIM,
Institut Kemajuan Islam Malaysia IKIM,
Institut Latihan Islam Malaysia ILIM,
dan macam-macam lagi kelebihan untuk kepentingan islam.

Adakah UMNO yang sebegini wajar ditolak ?

Terfikirkah anda wahai penyokong PAS semua andainya negara ini diperintah oleh pakatan pembangkang yang terdiri daripada parti PAS, PKR dan DAP akan terwujud semua yang disebutkan diatas ?

UMNO memang bekerjasama dengan parti bukan Islam MCA, MIC dan lain-lain. Tetapi kerjasama yang terbina sejak awal ini mampu kita perolehi apa yang kita ada untuk kepentingan islam hari ini.
Walaupun MCA, MCA dan parti-parti lain bukan orang islam tetapi mereka tidak pernah menolak islam. Mereka tidak pernah marah kepada UMNO kerana berpegang teguh kepada janji dan persepakatan yang dibentuk dalam Barisan Nasional.

Cuba tanya kepada PAS, Persepakatan seumapama Barisan Nasional kah yang telah dibentuk oleh PAS.PKR dan DAP ?
Atau mampukah mereka membentuk persepakatan seumpama Barisan nasional ?
Jawapannya semua mahluk Allah dalam Malaysia ni tahu... MUSTAHIL...
Jadi kemana sepatutnnya arah penyokong PAS hari ini ?
Ayuh...
Sertai lah UMNO..

InsyaAllah, Bangsa Melayu dan Agama Islam akan terus terbela bersama UMNO dan Barisan Nasional.

Kepada orang bukan Islam, jangan bimbang, Bangsa , kepercayaan dan agama anda tidak seincipun akan diganggu gugat oleh UMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan