BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Ahad, 26 Julai 2009

TABUNG PELAJARAN UMNO BAHAGIAN AYER HITAM DILANCAR 2 OGOS



TABUNG PELAJARAN UMNO BAHAGIAN AYER HITAM akan dilancarkan secara rasmi pada 2 Ogos 2009 ini serentak dengan Perasmian Persidangan UMNO Bahagian Ayer Hitam.
Pelancaran Tabung Pelajaran dan Perasmian Persidangan akan dilakukan oleh Menteri Keewangan Kedua YB Datuk Ahmad Husni Hanadzalah.

Majlis akan berlangsung di Dewan Muafakat Semarang, Parit Semarang, Ayer Hitam jam 2.00 Petang.

Penubuhan Tabung Pelajaran UMNO Bahagian Ayer Hitam telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa penuh UMNO Bahagian kali pertama yang dipengerusikan sendiri oleh YB. Datuk SamsolBari Bin Jamali. Kertaskerja dan jawatankuasa teknikal bagi memperincikan penubuhan Tabung Pelajaran yang diketuai oleh Sdr. Rosli Md.Zanggi,Bendahari UMNO bahagian telah membentangkan hasil perincian dalam mesyuarat AJK kali keempat baru-baru ini dan telah dipersetujui semua jawatankuasa.

Dengan pelancaran Tabung Pelajaran ini, UMNO Bahagian Ayer Hitam berharap akan dapat membantu kecemerlangan pencapaian akademik anak-anak ahli UMNO dalam parlimen Ayer Hitam.
Dalam Masa sama UMNO Bahagian dapat membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pelajaran. UMNO bahagian Ayer Hitam tidak rela untuk menerima sebarang lapuran keciciran pelajar akibat ketidakmampuan keluarga untuk membiayai pelajaran mereka.

Semua pihak terutama pemimpin-pemimpin UMNO dalam bahagian Ayer Hitam diharapkan dapat menyumbang untuk mengisi tabung tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan